
Korang dah bekerja bertahun-tahun di syarikat, namun kenaikan gaji tahunan hanya beberapa % sahaja. Kos hidup bertambah, anak bertambah dan mula sekolah. Dalam kepala mula fikir macamana nak tambah duit lagi kan.
Tiba-tiba rakan sepejabat korang berhenti kerja kerana dah dapat kerja baru. Disebabkan dah berada satu department dengan rakan sekerja ini, bos minta tolong untuk cover kerja-kerja yang belum setel.
So korang menerima dengan tangan terbuka. Lama kelamaan, rasa kerja tu semakin hari semakin bertambah. Korang mula balik lewat kerana perlu siapkan dua kerja (kerja yang memang kerja anda + ‘tolong’ siapkan kerja kawan yang dah berhenti)
Mula-mula kan bos kata tolong take over kerja ex staff sebulan dua je..Tapi kan..ni dekat setahun mula tertanya-tanya apa citer. Bila nak masuk orang baru untuk ‘take over’ kerja ni. Sekarang dah susah sebab anda dah tak boleh nak ‘pass-over’ kerja extra itu pada orang lain. Dalam hati tertanya-tanya, bila nak ada kenaikan gaji ni?

ADA BAKAT DAN KEMAHIRAN
Ada bakat dan kepakaran yang tidak berkaitan dengan job scope kita, tunjuk sikit-sikit je la dekat majikan. Biasanya orang nak ‘guna’ kita mereka akan guna perkataan ‘tolong’..
Jangan salah faham, tolong orang ni amalan yang baik dan mulia, bukan saya tak galakkan anda tolong orang (nanti kang ada yang viral pula).
Cumanya… nak tolong tu kenalah bertempat dan memang kena mengena dengan kerja kita.
Pastikan kerja kita sendiri siap dulu..
Bila yang ‘tolong’ tu dah jadi tanggungjawab tetap, bos dah suka sebab asal bagi je korang boleh setelkan. Lama kelamaan ia jadi membebankan kerana job scope bertambah, masa semakin banyak perlu diperuntukan untuk kerja-kerja pejabat..jangankan nak tunggu kenaikan gaji, bonus pun langsung tiada.
Ya, mula-mula anda akan rasa seronok, rasa syok, rasa awesome sebab di puji-puji
Tahu tak, itu yang boleh buatkan korang burn-out tu..
So agak-agaknya bila yang ‘tolong’ tu dah nampak over sangat. Mungkin dah sampai masanya untuk anda minta kenaikan gaji.
Cakap macam ni dekat bos..
“Bos, TOLONG tambah gaji saya!”
Respon Pembaca






