Skip to main content
Bimbingan KerjayaTop Post

Tukar Kerjaya ‘Career Lattice’

career lattice
[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]Ali, Dari Ekskutif Pemasaran ke Eksekutif Seni Reka Grafik[/gdlr_heading] [gdlr_notification icon=”icon-flag” type=”color-background” background=”#0e4a72″ color=”#ffffff”]Ali merupakan seorang Eksekutif Pemasaran. Oleh kerana ketiadaan pereka grafik di syarikat dia bekerja maka segala jenis bahan pemasaran telah dilakukan sendiri olehnya termasuklah rekaan poster, banner dan sebagainya.

Minat dengan aktiviti seni reka grafik, maka Ali telah mengikuti bengkel Seni Reka Grafik untuk memahirkan lagi skill beliau.

Beliau seterusnya memohon sebagai Eksekutif Seni Reka Grafik di syarikatnya bekerja, dalam masa yang sama menambah nilai kepada diri sendiri dan syarikat.

Tangga jawatan Ali masih sama iaitu ‘Eksekutif’ Cuma bidang kerja sahaja yang berlainan.[/gdlr_notification]

 

Ada yang dahulunya bekerjaya hebat seperti Pengarah Syarikat, tetapi kini adalah penjalankan penternakan kambing yang berjaya  dan berkebun. Setiap pagi, masa diperuntukan untuk membaca buku dan dihabiskan bersama haiwan ternakan di ladang kambing, ataupun turun ke kebuh untuk bercucuk tanam. Kini tidak lagi perlu berhadapan dengan stress dan ragam manusia yang bermacam macam.

 

Situasi di atas merupakan contoh suatu tindakan atau proses mengubah haluan kerjaya atau lebih tepat di panggil Career Lattice.

 

Contoh lain
Abu telah lama berkhidmat dibahagian khidmat pelanggan. Kemahiran beliau sangat petah bercakap dan membantu pelanggan melalui panggilan telefon. Beliau juga seringkali membuat jualan kepada pelanggan yang telah membuat panggilan tersebut.

Sedar akan minatnya dan keseronokannya membuat jualan, maka Abu bercadang untuk memohon jawatan dibahagian Sales atau Jualan.

Lihat ilustrasi contoh perancangan kerjaya Abu.

tukar kerjaya career lattice

Ini dinamakan career lattice

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]MERANCANG UNTUK TUKAR KERJAYA[/gdlr_heading]

Peracangan untuk career lattice ini tidak tertakluk hanya kepada kenaikan pangkat yang diinginkan tetapi lebih mengutamakan minat dan juga kecenderungan di dalam sesuatu bidang.

Adalah tidak mustahil untuk seseorang itu membuat perubahan haluan kerjaya dari bidang pengurusan kepada bukan pengurusan seperti mana yang banyak berlaku di negara eropah.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]CARRER LATTICE DI MALAYSIA[/gdlr_heading]

Di Malaysia, senarionya adalah berbeza berbanding di negara eropah. Kebanyakkan penjawat awam dan swasta hanya akan membuat perubahan haluan kerjaya apabila sudah tamatnya tempoh perkhidmatan kerana umur mereka telah mencapai umur persaraan.

Ada yang bersara dan membuka kedai runcit.

Dan ada juga yang bersara dengan memandu teksi.

Di Eropah terma ‘bersara’ bermaksud mereka tidak perlu lagi bekerja. Jika adanya bisnes maka bisnes itu diuruskan oleh anak-anak atau kakitangan mereka. Kerja mereka hanya ‘enjoying life’ bercuti ke sana sini.

Ada sesetengah pesara yang bekerja bukan bertujuan untuk sara hidup, tetapi lebih kepada tidak boleh duduk bersahaja kerana telah biasa bekerja.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]BAGAIMANA MULAKAN CAREER LATTICE[/gdlr_heading]

Langkah yang paling asas untuk memulakan Career Lattice adalah dengan menetapkan matlamat kerjaya itu sendiri.
Apa sebenarnya yang kita mahukan dalam dalam hidup kita dari aspek kerjaya.

Apabila matlamat kerjaya itu telah ditetapkan maka adalah lebih mudah untuk merancang haluan kerjaya dan perubahan haluan kerjaya yang akan dibuat akan lebih berstrategi.

Perubahan haluan kerjaya tidak semestinya melibatkan peningkatan posisi, dan tidak salah jika kekal pada tangga pangkat yang sama seperti Eksekutif Jualan kepada Eksekutif Pemasaran.

Proses Career Lattice berlaku

  1. Kenal pasti matlamat kerjaya yang mahu dicapai
  2. Rancang Strategi Lattice
  3. Mulakan Tindakan

tukar kerjaya career lattice

 

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]KESIMPULAN[/gdlr_heading] Ramai kakitangan yang tidak menyedari tentang Career Lattice lalu mengambil pendekatan berhenti kerja kerana merasakan bahawa bidang kerja tetapkan tidak relevan dan memberi tekanan.

Sebenarnya berhenti kerja adalah jalan yang terakhir yang harus dipilih jika Career Lattice di sesuatu syarikat itu tidak berjaya. Peluang kerja yang dapat tidak harus dipersiakan begitu sahaja sebaiknya digunakan dengan lebih bijak.

Jika anda adalah salah seorang yang nampak bahawa Career Lattice ini merupakan salah satunya cara untuk mendapat kerja idaman yang semestinya lebih baik, bertindaklah sekarang. Semakin lambat anda bermula semakin jauh peluang itu dengan anda.

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-star” font_weight=”bold” ]BELAJAR SESUATU?[/gdlr_heading]

Saya harap anda dapat sesuatu dari perkongsian saya ini. Untuk merealisasikan kerjaya impian anda, saya sedia membantu melalui sesi 1-to-1 personal & private career consultation bersama saya. KlIK SINI jika anda perlukan bantuan saya.

[gdlr_notification icon=”icon-flag” type=”color-background” background=”#0e4a72″ color=”#ffffff”]Tempah sesi 1-to-1 personal & private career consultation bersama saya di sini[/gdlr_notification]

Kongsikan artikel ini di wall anda agar lebih ramai mendapat manafaat.

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.