Skip to main content
Emotional Intelligence (EQ)Isu Semasa

Catatan Perkongsian di Wanita Hari Ini (WHI)

By January 23, 2017March 18th, 2018No Comments
nik-faiz-emotional-intelligence-expert

Tetamu Jemputan di talk-show Wanita Hari Ini 2017

Alhamdulillah, saya telah dijemput sebagai panel di rancangan Wanita Hari Ini (TV3) di Sri Pentas, untuk mengupas tentang tajuk  ‘Tak Nak Suami Cari Lain’ dari sudut Emotional Intelligence (EQ) dalam rumahtangga. 

nik-faiz-perunding-motivasi-7

Disebabkan limitasi masa maka pada masa itu saya hanya berkesempatan untuk berkongsi ‘bunganya’ sahaja. Hari ini, saya kongsikan pula ‘buahnya’.

Semoga mendapat manfaat kepada para pembaca yang mulai sekalian.

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]MENGURUS EMOSI [/gdlr_heading]

Adalah lumrah dan normal untuk setiap manusia, lelaki dan wanita suka kepada sesuatu yang cantik. Hanya yang tidak normal sahaja sukakan perkara yang tidak cantik.

Isteri suka melihat suami yang kemas, hensem, dan bergaya dan begitu juga si suami yang sukakan isteri yang sentiasa cantik dan berseri setiap selalu.

Apabila bercakap tentang emosi, kita memang tidak boleh lari dari berhadapan dengan emosi diri sendiri dan juga emosi orang lain setiap hari.Namun begitu, persoalan yang perlu kita tanyakan kepada diri sendiri adalah ‘adakah kita telah menguruskan emosi diri sendiri dan emosi orang lain dengan baik?’

Pengurusan emosi yang baik tidak akan menyebabkan emosi sesiapa yang berada disekeliling kita ‘tercedera’.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mengurus emosi disekeliling kita supaya tiada emosi yang tercedera?
Jawapannya adalah, dengan cara memahami emosi orang lain.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]MEMAHAMI EMOSI ANDA DAN ORANG DI SEKELILING [/gdlr_heading]

Memahami emosi sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita akan memboleh kan kita ‘membelai’ emosi tersebut dengan baik.

Bayangkan, suami yang baru sahaja balik dari kerja yang mana baru sahaja sekejap tadi dimarahi oleh bos kerana kerja yang belum dapat disempurnakan.

Apabila sampai sahaja di rumah, anak-anak masih belum mandi, beg sekolah bertaburan di lantai, isteri yang hanya pakai tshirt dan seluar jeans menunggu untuk ajak suami keluar cari pampers anak-anak.

 

Seorang isteri yang mempunyai kepintaran emosi yang tinggi, apabila melihat suami pulang ke rumah dengan air muka yang sedih kelihatan seperti kecewa, hampa, dan marah akan menangguhkan hasratnya terlebih dahulu untuk bercerita tentang masalahnya.

Isteri yang bijak akan membelai emosi suami terlebih dahulu, menyapa dengan senyuman dan bertanya jika suami nak minum atau nak kepala dia dipicit.

Jangan ditanya dahulu kenapa mukanya sedih.

Biarkan seketika dia bertenang sambil minum air dan bertenang.

Apabila suami sudah mula kelihatan tenang,  maka bolehlah si isteri bertanya kalau-kalau ada cerita yang suami ingin kongsikan.

Selepas si suami kongsikan cerita, keadaan sudah nampak tenang barulah isteri boleh maklumkan tentang pampers sudah habis, susu anak-anak perlu dicari dan boleh mengajak suami untuk keluar mencari keperluan tersebut.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]SUAMI JUGA PERLU MENJAGA EMOSI ISTERI[/gdlr_heading] Begitu juga dengan si suami, jika isteri pulang dari kerja yang mana mungkin sedikit sedih dan tertekan dengan hal pejabat, senyumlah kepada isteri sebagai tanda suka dan bersyukur sebab isteri dan selamat sampai rumah.

Jika anak-anak pula belum mandi maka bantulah isteri dengan mandikan anak-anak.

Ucaplah perkataan yang baik-baik yang mendamaikan hatinya.

Jika sudah biasa peluk isteri ketika balik dari kerja maka peluklah lama-lama sikit, kerana tempat paling selesa dan selamat buat seorang isteri adalah dalam pelukan suami.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]BELAJAR MEMBELAI EMOSI PASANGAN KITA[/gdlr_heading] Bagi isteri/suami di mana pasangan mereka jemput setiap hari dari ofis, stesen bas, mahupun stesen lrt, juga harus pandai membelai emosi pasangan.

Belaian emosi bukan hanya melalui sentuhan, tetapi juga boleh dilakukan melalui ucapan, tulisan dan perbuatan seperti belanja minum di kedai mamak sementara menunggu anak dari sekolah.

Apabila berbicara tentang cara untuk membelai emosi, saya yakin Tuan Puan rakan pembaca sudah pasti lebih kreatif dan mungkin juga sudah ada yang sedang membayangkan bagaimana nak membelai emosi pasangan masing-masing.

Lebih dari 80% punca masalah rumah tangga adalah disebabkan pengurusan emosi yang tidak bijak.

Justeru, menjaga hubungan suami isteri tidak hanya terletak pada bahu sebelah pihak sahaja malahan ianya peranan kedua-dua belah pihak.

Fahamilah emosi pasangan masing-masing supaya apabila kita memahami emosi masing-masing akan dapat mengelakkan emosi dari tercedera dan dicedera.
[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]BELAJAR SESUATU[/gdlr_heading]

Mudah-mudahan anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya ini. Terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan izinNya.

 

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”” font_weight=”bold” ]RAKAMAN LIVE TALK-SHOW DI WANITA HARI INI 2017 [/gdlr_heading] Update: Saya share video rakaman yang disiarkan secara live pada Jumaat lepas, untuk tontonan sahabat-sahabat di sini yang tidak sempat menonton.

[gdlr_video url=”https://youtu.be/flcX1B885V8″ ]

 

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.