
What’s Next After IGSE
Sebagai ibubapa, sudah pastinya kita akan sentiasa memikirkan apakah perkara yang terbaik yang mampu kita cadangkan untuk anak-anak agar mereka memperoleh sebanyak mungkin manfaat untuk kelansungan hidup mereka.
Antara perkara yang selalu difikirkan tentang anak-anak adalah berkenaan peluang pengajian ke peringkat seterusnya setelah mereka berjaya melalui peringkat pengajian yang diduduki.
Bercakap tentang mereka yang berkelulusan SPM/SPMV, peluang pengajiannya banyak dan di Malaysia ianya hampir tiada had.
Selagi mana seseorang pelajar itu berkeinginan dan mempunyai minat untuk belajar, selagi itulah peluang itu akan sentiasa ada.
Namun ianya berbeza dengan pelajar yang belajar di sekolah antarabangsa dimana sukatan pelajaran IGCSE adalah berbeza berbanding SPM.
Perancangan peringkat pengajian harus dimulai dengan harapan kerjaya masa depan yang diminati oleh anak-anak, bagaimana mereka ingin mencurahkan bakti mereka kepada agama dan negara.
Adakah mereka ingin menjadi seorang doktor yang akan membantu ramai pesakit di seluruh negara atau di setiap pelosok dunia?
Atau mungkin juga ingin menjadi seorang jurutera yang akan banyak membantu masyarakat dengan teknologi terkini dan canggih.
Soalan pertama yang harus ditanya;
1. “Bagaimana anak saya akan dapat berbakti kepada agama dan negara apabila mereka telah dewasa nanti?”
Apabila harapan kerjaya di masa hadapan telah dikenal pasti maka seterusnya ibubapa boleh mula membuat ‘research’ tentang universiti yang menyediakan kursus yang membolehkan anak-anak mencapai kerjaya yang diimpikan.
Soalan seterusnya yang harus ditanya kepada diri anda sebagai ibubapa adalah;
2. “Universiti manakah yang terbaik untuk yang bersesuaian dengan keewangan keluarga saya?”
Ingin melanjutkan pengajian ke universiti pula ada syarat serta kelayakan yang mesti dipenuhi. Jadi untuk mengetahui syarat-syarat tersebut, ibubapa harus membuat kaji selidik dan membuat beberapa pilihan andaikata pilihan universiti pertama tidak dapat dipenuhi.
Soalan seterusnya adalah;
3. “Apakah kelayakan yang diperlukan oleh anak saya agar mereka dapat masuk ke universiti pilihan?”
Di sekolah antarabangsa, IGCSE adalah seperti SPM namun kedua-duanya tidak membawa berat yang sama ‘does not carry the same weight’.
Pelajar kelulusan SPM akan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian hanya di Universiti di Malaysia, dan universiti yang mengiktiraf SPM.
Manakala pelajar yang berkelulusan IGCSE akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di lebih dari 1400 buah universiti diserata dunia yang mengiktiraf IGCSE.
Persoalan yang selalu diterima dari para ibubapa:
“Jika anak mereka yang menduduki IGCSE, namun ingin melanjutkan di universiti tempatan bagaimana?”
Jika anda sebagai ibubapa mahu dan ingin menghantar anak-anak ke univerisiti tempatan, terdapat 3 pilihan yang boleh saya kongsikan disini:
- Anak-anak harus menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dengan keputusan minimun 5 kredit. Ini bermaksud bahawa anak anda akan mempunyai 2 sijil kelayakan yang akan membolehkan anak anda memohon ke Program Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan juga A-Level di univerisiti Awam yang terpilih
- Buat pemohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Univesiti swasta. Kebanyakkan univerisiti swasta ada menyediakan program asasi mereka tersendiri dan menerima pelajar dengan kelulusan IGCSE. Kaedah ini bebannya kurang berbanding yang pertama dimana pelajar harus menduduki 2 peperiksaan.
- Pilih univerisiti awam yang menerima pelajar yang berkelulusan IGCSE seperti UTM dan juga UIAM. Ini adalah dua universiti yang setakat ini menerima pelajar lepasan IGCSE untuk pengajian A-Level dan Asasi (foundation). Pilihan mengajian untuk pengajian untuk institusi ini akan mempunyai had, dan kemungkinan kursus yang diminati oleh anak-anak tidak ditawarkan oleh universiti tersebut. Walaupun begitu, kelulusan dalam A-Level dan juga Asasi mungkin boleh dipertimbangkan oleh univerisiti awam yang lain.
Bagaimana pula khabar yang menyatakan bahawa pelajar lepasan IGCSE boleh ambil SPM namun hanya menduduki kertas Bahasa Melayu, Sejarah, dan Pengajian Islam sahaja untuk membolehkan mereka masuk univerisiti atau intitusi pendidikan yang lain, adakah pelajar-pelajar ini tidak perlu ambil semua subjek?
Pada pandangan saya, kita seharusnya melihat kepada syarat untuk melayakkan seseorang pelajar memasuki univerisiti atau mana-mana institusi pendidikan.
Syarat yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah jelas.
Jika syaratanya mesti berkelulusan SPM maka syarat tersebut harus dipatuhi.
Setakat ini belum ada kes di mana kelulusan itu di ambil separuh-separuh. Maksudnya untuk kelulusan bahasa melayu dan pendidikan islam akan melihat kepada sijil SPM manakala untuk Sains, Matematik, Biologi, dan Kimia dilihat pada sijil IGCSE.
Selalunya IPTA dan IPTS akan meletakkan syarat umum seperti 5 KREDIT untuk mana-mana mata pelajaran dalam SPM.
Syarat-syarat ini akan tertakluk kepada perubahan semasa jika ada, dan juga bergantung kepada pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia itu sendiri.
Harus juga difahami bahawa sukatan pelajaran antara IGCSE dan SPM adalah berbeza, dan bukan setakat itu sahaja malah suasana pembelajaran dan pengendalian permarkahan juga berbeza.
Kedua-dua SPM dan IGCSE sama-sama mempunyai peluang yang sama cerah namun di lapangan univerisiti dan institusi pendidikan yang berbeza.
Kepada ibubapa yang telah menghantar anak-anak untuk mengikuti program IGCSE, sememangnya peluang untuk anak anda melanjutkan pengajian ke universiti antarabangsa adalah sangat luas.
Semoga dengan pencerahan tentang hala tuju ini akan menjernihkan perancangan pendidikan untuk anak-anak anda nanti insya Allah.
7 Pilihan Hala Tuju Selepas SPMPenantian keputusan SPM telah berakhir. Ke mana pilihan hala tuju lepasan SPM untuk ke peringkat seterusnya? Klik Untuk BacaDOs and DONTs When Applying Courses and Universities via UPUWhat are the common mistakes students tend to do when applying their courses via UPU?Read MoreMaking A Good Career Match
AS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) school-leavers close one chapter in their life and start another, they now face the daunting task of taking the next step — choose the right course of study.Interview with Career Expert
Perkongsian Career Expert
Career Expert bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dengan ramai orang bukan sahaja terdiri dari kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM / IGCSE, termasuk guru-guru, kaunselor dan ibubapa tentang hala tuju kerjaya dan pemilihan kursus untuk peringkat pengajian seterusnya.







Di awal tahun ini apa kata ambil peluang untuk tawaran istimewa dengan pakej terbaik menanti anda.
Hubungi Puan Ainul untuk perbincangan tarikh dan modul. Bajet boleh dibincang mengikut keperluan pihak Tuan / Puan.