
Dalam bahasa melayunya dipanggil keseimbangan hidup dan kerja. Macam pernah dengar kan..?
Baru-baru ini, saya dengar di radio ada negara yang bagi cuti 12 MINGGU BERGAJI kepada si suami yang isterinya bersalin, dan si isteri yang bersalin pula diberikan cuti BERGAJI 12 BULAN.
Wow..alangkah bagusnya di Malaysia pun buat perkara yang sama.
Apa Itu Work-Life Balance
Saya pernah berchit-chat dengan kawan-kawan dan tanya samada kehidupan dan kerja mereka balance ke tak? So ramai yang kata ‘balance kot’ ada jugak yang kata ‘boleh laa’
‘Balance kot’, ‘boleh laa’ anda rasa kenapa mesti ada ‘kot’ kalau memang betul ‘work-life’ anda seimbang?
So, kalau ada yang jawab ‘kot’ tu maksudnya..kadang-kadang seimbang dan kadang-kadang tak seimbang.
Penting ke ‘work-life balance’ ni?
Ya, SANGAT-SANGAT PENTING!

Antara kerja anda dan kehidupan anda, perlu seimbang.
MASA bekerja anda perlu seimbang dengan masa rehat anda
Masa beribadat, masa bersama keluarga, bersama kawan-kawan, masa bersenam dan sebagainya.
OBESITI

Anda rasa kenapa makin ramai rakyat malaysia sekarang ni mengalami masalah kegemukan dan ‘OBESE’.?
Ini kerana ‘work-life’ sudah tidak balance, tak ada masa untuk bersenam, banyak makan fast food, makan lewat malam dan tidak ikut jadual makan yang betul.
KERJA UNTUK HIDUP..tapi BUKAN HIDUP UNTUK KERJA
Kalau yang dah berkahwin, anda ada anak, ada suami/isteri, ada ibubapa, dan mertua yang perlu anda ‘spend time with’.

Begitu juga kalau yang bujang, anda ada ibubapa, adik beradik dan sebagainya untuk anda luangkan masa disamping menguatkan ‘bonding’ sesama ahli keluarga dan yang sangat penting ‘bonding’ dengan ALLAH swt.
Selain dari menguatkan ‘bonding’ anda juga perlu luangkan masa untuk menjaga amanah lain dari Allah SWT iaitu tubuh badan anda. Berapa ramai agaknya yang buat planning untuk sihat?
Nakkan ‘Work-life balance’ ADA TIPS DAN CARANYA!
Kita perlu rancang MASA, KESIHATAN, EKONOMI, dan KEHIDUPAN serta KELUARGA kearah yang lebih seimbang.



