Working with Emotional Intelligence – Bersama Nik Faiz
Mula-mula ingatkan training EQ ini macam sesi nangges-nangges.Baru tahu hari ini, ilmu EQ belajar mengenal emosi, dan emosi sebenarnya boleh diurus. Ingatkan memang ia semulajadi dan tak boleh diubah.
~Peserta Emotional Intelligence (EQ) At Work
Begitulah feedback yang kami dapat dari peserta kursus Working with Emotional Intelligence bersama 31 orang peserta-peserta bagi IYUNO Group Media Berhad. Alhamdulillah, tim Career Expert telah dilantik untuk mengendalikan kursus selama 2 hari ini yang di adakan di ARA Eventhall, Kuala Lumpur.
Kursus Emotional Intelligence (EQ) ini merupakan kursus pemantapan insaniah dalam organisasi bagi membantu ketua jabatan dan kakitangan yang boleh bertindak dengan bijak mengawal emosi, untuk melahirkan sikap bertanggungjawab, akauntabiliti emosi dan integriti ke atas perkhidmatan yang diberi.
Tidak seperti kursus pemantapan organisasi yang lain, Kursus Working with Emotional Intelligence (EQ) yang dikendalikan oleh Nik Faiz ini berkonsepkan santai namun penuh dengan informasi, tips, contoh, kisah kejayaan, teknik dan nasihat dan mutiara ilmu terbaik dari konsultan kami yang berpengalaman. Juga terdapat perbincangan berkumpulan dan brainstorming untuk melahirkan kakitangan yang berkualiti.
Jadi hari ini peserta-peserta belajar tentang EQ, bagaimana mengenali ekspresi muka, mengenal emosi diri dan orang sekeliling. Mereka juga belajar tentang body language dan cara bersosial dengan orang lain supaya orang senang dan selesa dengan diri kita.
Dalam hidup ini kita akan mengalami 1001 emosi. Emosi sebenarnya boleh di kawal dan cara bertindak. Emotional hijack boleh berlaku pada bila-bila masa jadi kita perlu sentiasa bersedia. Dalam workshop ini, peserta-peserta di berikan tips dan cara, bagaimana untuk mengawal emosi sekiranya tetiba diserang atau di hentam.
Gambar-Gambar Aktiviti
Sebahagian dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama peserta.
Working With Emotional Intelligence – Video Review
Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak pengurusan dan penganjur di atas jemputan kepada Career Expert untuk mengendalikan kursus Working with Emotional Intelligence (EQ) ini. Kami kongsikan video pengalaman dari peserta-peserta yang telah menghadiri program ini.
Emotional Intelligence(EQ) Talk
Kepada anda yang berminat untuk menjemput Career Expert bagi mengendalikan kursus / talk bagi topik Emotional Intelligence ini, isikan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga dan proposal. Tempoh masa boleh dilakukan dalam tempoh 4 jam, 1 – 2 hari atau pun 3 hari 2 malam.