Masa ini masa untuk flexible, banyak syarikat yang akan kerap berubah-ubah dari plan, strategi, dan execution. Untuk anda di luar sana, jadikan diri anda adaptable dan flexible. Itu kunci kejayaan masa kini..
Higher management akan cari jalan terbaik supaya segala tindak tanduk lower management menjadi lebih padu dan berkesan. Malah, akan ada situasi yang sering terjadi iaitu di mana minggu lepas arahan begini, masuk minggu ini eh eh..berubah jadi begini pula.
SABAR!
Mereka tengah susun strategi sebaik mungkin. Oleh itu, sementara mereka susun strategi syarikat, anda sendiri perlu susun strategi keluarga, makan, minum, pelajaran, kewangan dan segalanya cukup.. Jangan boros.
Bak strategi perang, apabila kita nampak seperti strategi tak menjadi, kita retreat, kita susun strategi baru..dan kita fight semula. Begitulah.
Tenang-tenang sahaja dahulu, jangan terlalu teruja bercerita tentang baik buruk syarikat di media sosial..dan jangan pula telan khabar angin bulat-bulat.
Kata guru.. Yang tenang pasti akan menang 💪😎