Skip to main content
Bimbingan KerjayaTip Mudah Lulus Temuduga

7 Cara Untuk Bangun SELEPAS GAGAL TEMUDUGA

By October 14, 2018No Comments
gagal temuduga tips by nik faiz

Gagal dalam temuduga adalah sesuatu yang biasa terjadi pada pencari kerja. Yang membaca blog ini pun pastinya pernah merasai gagal temuduga kerjaya anda.

Tidak semua yang pada kali pertamanya menghadapi temuduga akan berjaya. Ada yang perlu beberapa kali hadiri temuduga dan pada kali ke 10 akan berjaya.

Temuduga adalah seperti pada anda mula-mula mengambil ujian untuk mendapatkan lesen memandu. Masih ingatkah anda ketika mula-mula anda belajar memandu, adakah anda terus mahir? Tidak, kan?

Bayangkan ketika itu bagaimana perasaan berdebarnya anda ketika kali pertama memegang stereng kereta. Walaupun sudah banyak kali guru sekolah memandu memberikan tunjuk ajar namun apabila gugupnya datang, terus terlupa apa yang telah diajar. Bukan kerana anda tidak tahu, tetapi kerana anda belum biasa.

Gagal Temuduga Kerja

Begitu juga temuduga kerja, setiap peluang temuduga yang diberikan adalah merupakan medan latihan untuk membiasakan diri anda menghadapi temuduga. Untuk membiasakan diri dengan sesuatu perkara itu anda perlu bersedia untuk gagal temuduga dan belajar sesuatu yang baru.

Bercakap tentang gagal dalam temuduga, bagaimanakah cara yang sepatutnya untuk anda hadapi keadaan itu? Perkongsian saya kali ini, saya ingin kongsikan 7 langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya gagal temuduga. Kerana, diri saya sendiri juga pernah gagal berkali-kali juga ketika melalui proses temuduga, malah langsung tidak ditawarkan pekerjaan!.

1. Muhasabah / Refleksi Diri

Sesudah anda menghadiri temuduga, tuliskan perkara yang yang baik, yang telah anda lakukan semasa temuduga tersebut dan tuliskan juga perkara yang anda boleh perbaiki untuk menhadapi temuduga yang akan datang.

2. Nilaikan Diri Anda

Setiap kali anda menghadiri temuduga, nilaikan pencapaian yang anda telah lakukan serta strategi yang telah anda gunakan. Ini sangat penting agar anda tidak mengulangi strategi yang sama untuk temuduga yang akan datang.

3. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

Memang tidak dinafikan kita akan berasa sedih apabila gagal dalam satu-satu temuduga, namun begitu jangan jadikan kesedihan itu berlarutan sehingga anda lupa berlajar dari kegagalan itu.

gagal temuduga tips by nik faiz
Recap program Persediaan Menghadapi Temuduga bersama pelajar-pelajar saya
gagal temuduga tips by nik faiz
Temuduga juga boleh dijalankan secara berkumpulan, dan persaingan cukup sengit!
gagal temuduga tips by nik faiz
Mock interview bersama pelajar-pelajar saya dalam salah satu sesi tips menhadapi temuduga

ok..now kita sambung tips seterusnya cara untuk anda bangun selepas gagal temuduga kerja…

4. Berikan ganjaran kepada diri sendiri

Walaupun anda gagal, namun ganjaran tetap perlu diberikan kepada diri sendiri, kerana anda harus rasa bersyukur anda di telah diberikan peluang untuk menghadiri temuduga dan yang pasti anda telah menghasilkan resume baik sehingga dipanggil temuduga.

5. Cari Guru

Ada ramai guru-guru kerjaya yang sedia untuk membantu anda, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mencari mereka dan minta bantuan daripada mereka. Belajar dari mereka cara yang lebih baik untuk menghadapi temuduga. Mereka tentunya gembira apabila anda menghubungi mereka dan memohon bantuan.

6. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain, ianya bukan tentang menjadi lebih hebat dari orang lain, ianya adalah tentang menjadi diri anda yang lebih hebat dari yang sebelumnya.

7. Berlapang dada

Pihak syarikat tidak memilih anda bukan kerana anda tidak cukup bagus, tetapi kerana diri anda, kepakaran anda, bakat anda diperlukan oleh syarikat yang lain. Tidak mengapa jika mereka tidak memilih anda, ianya memberikan peluang untuk syarikat yang betul-betul memerlukan anda untuk mengambil anda bekerja.

Gagal dalam temuduga boleh terjadi pada sesiapa sahaja, walaupun sudah mempunyai 10 tahun pengalaman bekerja.

Tidak kira di mana kedudukan kita kini, kegagalan adalah pasti. Apa yang penting adalah bagaimana kita menanganinya dan bangun semula untuk berjaya.

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.