
Alhamdulillah, Career Expert diundang untuk sampaikan sesi di Bengkel Kerjaya dan Sahsiah Diri anjuran anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Penilaian Hartanah bersama-sama hampir 42 orang peserta. Full house!
Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam, yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun akhir Sijil Pengurusan Harta Tanah dan Sijil Penilaian Harta Tanah.
Antara topik utama yang ditekankan dalam Bengkel Kerjaya & Sahsiah Diri ini adalah:
Hari Pertama
- The Power of Professional Image
- Membina Personaliti Professional Yang Menjadi Idaman Majikan
- Komunikasi Professional di Tempat Kerja
- Etiket Professional Yang Melonjakkan Nilai Pasaran Diri
- Membina Hala Tuju Kerjaya
- Power Resume
Hari Kedua
- Teknik Menghadiri Temuduga & Mock Interview
- Strategi Pencarian Kerja
Penampilan Diri & Personaliti Menawan
Objektif Bengkel Kerjaya dan Sahsia Diri ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar untuk memantapkan penampilan diri secara professional, meningkatkan personaliti diri dan memiliki pakej yang dicari oleh majikan. Peserta-peserta juga dapat memperbaiki imej diri yang lebih berkualiti untuk berpeluang di panggil temuduga.
Bukan hanya sekadar mempunyai penampilan diri yang menarik, sesi ini juga memberikan pendedahan pada pelajar tentang strategi penulisan resume yang membuatkan mereka kelihatan calon yang layak menghadiri temuduga dan dipilih bekerja. Penceramah juga turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ agar mereka lebih bersedia sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.



Resume – Pengganti Diri Calon
Peserta-peserta juga belajar tentang teknik penulisan resume yang menjadi trend hiring 2019 ini. Bagaimana menyusun content dalam resume dengan betul dan berstrategi. Ditekan juga adalah tentang adab menghantar resume. Kerana ini antara perkara pertama yang dilihat oleh majikan sebelum kalian dipanggil temuduga.
Bertubi-tubi soalan ditanya pada kami.
Mereka sangat excited.
Kata peserta-peserta dan pensyarah yang hadir, banyak ilmu baru yang mereka tak pernah dengar sebelum ini. Masing-masing bertungkus lumus menyiapkan resume. Malam tadi, sesi berakhir jam 1140 malam.
Kunci Kejayaan seseorang, buat kerja bersungguh-sungguh.
Lillahitaala.💖💖
Alhamdulillah, pagi ni semua peserta dapat menyiapkan resume terkini yang lebih power dan siap di print. Sesi seterusnya, peserta-peserta dilatih oleh Career Expert untuk bagaimana mempersembahkan diri untuk menjadi yang terpilih semasa sesi temuduga. Kami juga kongsikan tips & strategy membuat persediaan untuk menjawab soalan semasa temuduga.
Sesi malam lebih santai dan dengan topik Job Searching Strategy. Bagaimana menyusun strategi yang tepat dan tidak membuang masa, dan dipanggil kerja dengan lebih cepat.






Bersama Peserta Bengkel Kerjaya & Sahsiah Diri
Program 2 hari 1 malam bersama peserta-peserta merupakan pengalaman yang menarik, dan membuatkan Career Expert mengenali peserta dengan lebih dekat. Saya kongsikan sebahagian coretan pengalaman menarik peserta-peserta yang hadir ke sesi ini ya 🙂
Bengkel yang terbaik. Saya dapat banyak ilmu baru untuk buat persediaan menghadapi dunia kerjaya.
Nursyahirah Zohari
Sijil Penilaian Harta Tanah
Saya berpuas hati dengan keseluruhan program. Ia sangat membantu dan memberikan ilmu baru tentang cara-cara yang betul untuk hadiri temuduga, penyediaan resume dan etika pemakaian yang sesuai untuk pelajar.
Zahidah Ahmad
Inspen
Great experience and exposure to me as a student who might looking for a job after graduate. I got to know more on how to do an effective resume in depth. Basically, the mock interview session calm me down a bit before the real interview session begin today. Thank you so much Coach Nik Faiz for coming here in INSPEN to give this kind of exposure to us.
Wan Nursyafiqah
Sijil Penilaian Harta Tanah
Alhamdulillah sangat membantu saya dan membina keyakinan diri. Konten yang disampaikan sangat berguna, meluas dan banyak perkara baru. Coach Nik Faiz sangat sempoi dan cara penyampaian bersahaja dan awesome!
Nur Aina Sofia
Sijil Penilaian Harta Tanah
Saya suka dengan program ini kerana ia dijalankan begitu tersusun dan teratur terhadap pelajar. Ia juga dapat menambah ilmu cari kerja yang memberi kelebihan pada pencari kerja seperti saya.
Amirul Syafiq
Sijil Penilaian Harta Tanah
Penyampaian Coach Nik Faiz sangat menarik, penuh maklumat untuk membuat resume dan interview. Paling menarik tentang topik Job Hunting Strategy, bagi saya ia ilmu baru yang sangat bermanfaat. Slot mock-interview yang dijalankan bersama Coach sungguh membantu saya untuk membuat persediaan interview yang sebenar pada hari ini.
Nur Khaledah
SPHT
Keseluruhan program 2 hari ini sangat menarik dan membantu saya buat persediaan ke alam pekerjaan. Dalam topik resume saya diajar untuk membuat resume terbaik step by step, dan ia sangat membantu. Maklumat tentang job hunting paling best kerana ada banyak lubuk cari kerja dan apps tentang seeking a job yang dikongsi oleh Coach Nik Faiz.
Syafiqah Izzati
SPHT
Banyak maklumat yang perolehi tentang alam pekerjaan bermula dari cara pemilihan kerja, resume dan interview. Topik resume yang paling saya suka kerana saya diajar oleh Coach Nik Faiz cara membuat resume yang bagus untuk menarik minat company memilih resume saya.
Azlin Raihana
SPHT
Pendedahan ilmu cari kerja yang bermanfaat, efektif dan penyampaian Coach Nik Faiz sangat menarik dan tidak membosankan.
Nur Syuhadah
Certified of Rea Estate Valuation
Program yang dijalankan padat, menarik serta bermanfaat. Penceramah sentiasa menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar dengan baik.
Nur Aiman
CCPM
Coach, Terima Kasih…
Sungguh..rasa sebak apabila pelajar-pelajar datang selepas temuduga, salam dan peluk saya lalu membisikkan di telinga saya.
“Coach, terima kasih.. terima kasih..terima kasih..saya dapat tawaran kerja dari dua syarikat pada sesi temuduga tadi..
“Terima kasih ya Allah.. ❤️ ‘Yang buat pasti akan dapat kerana Allah akan beri kepada mereka yang berusaha. Namun, usahalah dengan strategi dan berguru agar anda tidak membayar yuran kerugiaan masa bertahun-tahun mengganggur dan tidak dapat peluang kerja’
Terima kasih pada Puan Raihan Abdul Rahman, Tim Perunding Imej Malaysia atas jemputan berkolaborasi dan peluang kepada Career Expert berkongsi ilmu bersama-sama pelajar ini. Ia merupakan kenangan dan peluang yang amat kami hargai.
Sememangnya berbaloi menghadiri program ini. Para peserta tidak dikenakan bayaran kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak Institut Penilaian Negara INSPEN.
Didoakan peserta-peserta yang hadir memanfaatkan ilmu cari kerja dan ilmu penampilan yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah hebat Coach Nik Faiz & Puan Raihan Abdul Rahman untuk berjaya mencapai kerjaya impian selepas tamat pengajian ini.



Mahu Anjurkan Program Ini Di Tempat Anda
Bagi anda yang berminat untuk mengadakan program ini di tempat anda, klik di sini untuk melihat modul dan sebut harga.