
Baru-baru ini bermula tour Career Expert ke seluruh universiti di Malaysia untuk mengendalikan bengkel Video Resume. Alhamdulillah, sambutan serta kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh peserta-peserta yang hadir sungguh menakjubkan. Pihak penganjur juga sedang mengatur jadual masing-masing untuk siri seterusnya pada bulan hadapan supaya bengkel ini akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar mereka terutamanya pelajar yang akan bergraduat tidak lama lagi.
Pada awalnya pihak penganjur merasakan bahawa kemungkinan hasil mereka adalah sekadar siap sahaja. Namun hasil yang ditunjukkan oleh para pelajar yang hadir sebenarnya lebih dari sekadar siap, dilengkapi dengan pengisian dan teknik penghasilan video resume yang telah Career Expert kongsikan telah banyak membantu mereka menghasilkan video yang saya kira telah mencapai standard antarabangsa.
Di akhir program, video resume setiap peserta yang hadir sudah bersedia untuk dimuat naik ke halaman sosial untuk dipertontonkan kepada bakal majikan mereka.





Video Resume
Peserta Yang Menyertai Bengkel Video Resume Bersama Coach Nik Faiz, Career Expert
Dean Yusof 2:10
Graduan English Communication, UniSZA
Mei Yan 2:10
Graduan English Communication, UPM
BENGKEL VIDEO RESUME BERSAMA CAREER EXPERT
Bercerita tentang Video Resume, anda dah ada ke tiada?
Sejak tahun 2017 lagi Career Expert telah menulis tentang kelebihan video resume dan sering menggalakkan peserta-peserta yang hadir di kursus penulisan resume dan temuduga yang Career Expert kendalikan untuk memulakan video resume pertama anda untuk sebelum mula cari kerja.
Video Resume di Malaysia ini masih perkara yang baharu, dan walaupun ia masih lagi belum terkenal dan dipraktikan secara meluas, ia sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada para pelajar terutamanya untuk meningkatkan ‘visibility’ diri mereka kepada bakal majikan.
Untuk penghasilan video, dengan kecanggihan teknologi masa kini yang rata-rata pelajar memiliki telefon pintar berkamera ia tidak mustahil untuk mereka hasilkan video resume mereka tersendiri.
Benar, untuk membuat video itu senang.
Lambakan aplikasi percuma di internet yang para pelajar boleh gunakan untuk hasilkan video-video yang berkualiti tinggi hanya dengan belajar cara videografi yang betul di Youtube.
Namun apa yang ditekankan oleh Career Expert dalam bengkel video resume ini adalah proses pembikinan video itu sendiri yang memfokuskan kepada penghasilan konten yang bertepatan dengan apa yang bakal majikan mahu lihat dan mahu dengar.
Video dengan seni videografi yang cantik belum tentu akan menarik minat majikan jika kontennya ‘kelaut’. Kita bukan hanya mahu mereka buat video yang sekadar membuatkan bakal majikan itu terhibur, sedap untuk di dengar dan seronok untuk dipandang. Namun yang lebih penting video itu mestilah sarat dengan konten yang mampu mendorong majikan untuk memanggil anda ke temuduga.
Lihat hasil kerja pelajar-pelajar bimbingan Career Expert dalam video di bawah :
Video Resume
Peserta Bengkel Video Resume Bersama Career Expert
Adawiyah Sabri 2:06
Graduan English Communication, UniSZA
Dhaniah Zahari 3:04
Graduan English Communication, UniSZA.
Bengkel Video Resume 2 Hari
Bengkel yang mengambil masa 2 hari itu dimanfaatkan dengan penghasilan konten yang terbaik, disamping memberikan gambaran dan idea kepada para pelajar tentang cara untuk mereka mempersembahkan konten mereka dengan strategi yang berimpak tinggi.
Dengan kata lain, apabila bakal majikan menonton video yang dihasilkan oleh peserta-peserta, majikan pasti akan berkata ‘WOW!’, dan seterusnya mencetuskan minat majikan untuk memanggil mereka ke temuduga, dan itu menjadi objektif utama Career Expert laksanakan bengkel video resume ini.
“Coach, kenapa perlu ada video resume? Adakah resume atau cv sahaja tidak cukup?”
Ini pertanyaan yang selalu sangat Career Expert dapat.
Jawapannya mudah
“Ianya cukup, namun belum tentu cukup untuk membuatkan graduan serta jobseeker ‘visible’ di mata majikan”.
Dalam dunia digital pada masa ini dimana kebergantungan kerjaya adalah pada digital, semestinya menjadi satu kerugian jika ianya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh jobseeker untuk meneroka peluang kerjaya. Jika para graduan dan jobseeker hanya bergantung kepada satu kaedah sahaja, maka belum pasti mereka mampu untuk bersaing dalam dunia kerjaya dimasa kini dan akan datang.
Dengan terlaksananya bengkel Video Resume selama 2 hari tersebut, sebilangan besar peserta berjaya menyiapkan video mereka dan sebilangan lagi perlu merekod kembali video mereka kerana faktor pencahayaan dan bunyi yang kurang memuaskan.
Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada semua peserta bengkel Video Resume 2020. Jika anda yang membaca artikel ini merupakan seorang pelajar atau jobseeker, maka berusaha untuk hasilkan video resume anda tersendiri kerana ianya akan banyak membantu anda untuk jadi lebih ‘outstanding’ berbanding calon-calon lain.
ANTARA YANG TERAWAL HADIRI BENGKEL VIDEO RESUME BERSAMA CAREER EXPERT
KINI MASA ANDA PULA





Mahu Adakan Bengkel Video Resume
Sekiranya anda seorang pensyarah, mahupun pegawai bahagian kaunseling dan kerjaya, anda pasti mahu menjemput Career Expert untuk menjalankan bengkel Video Resume ini untuk pelajar-pelajar anda kerana ketika di Universiti adalah masa yang tepat dan terbaik. Sekiranya berminat untuk menjemput Career Expert, hubungi kami melalui borang ini segera ya, insyaAllah.