Selesai sudah bersama pelajar-pelajar international yang menyertai program Global Volunteer for Youth, program kerjasama dengan AIESEC Malaysia di Career Expert.

Sedikit pengenalan tentang Aiesec Malaysia ini adalah non-profit organization yang memberikan peluang kepada kalian semua untuk ikut serta dalam beberapa program di antaranya, Global Youth, Global Talent dan Global Entrepreneur. Program ini memberi pengalaman kepada peserta-peserta untuk menerokai dunia luar. 

Jadi, untuk sesi kali ini seramai 16 orang peserta Global Volunteer ini berpeluang untuk menimba ilmu secara terus bersama Career Expert.

Terima kasih pada semua Global Volunteers 

Mereka datang dari negara

Tunisia

Morocco

Indonesia

Vietnam

China

Taiwan

Sri Lanka

India

dan… China

Wow..sungguh Career Expert teruja dan menerima kedatangan mereka ini dengan gembira. Alhamdulillah.

Global Volunteers #1 - Education and Career Pathway

Dalam sesi pertama ini, Career Expert berkongsi 2 perkara penting mengenai hala tuju kerjaya dan terapi diri melalui coaching (Self-Coaching).

Peserta-peserta juga berkongsi mengenai isu dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam mencari kerja di negara masing-masing.

Ya, kami seronok dan teruja dapat mendengar dan bertukar-tukar pandangan.

global volunteer with nik faiz
global volunteer with nik faiz

Global Volunteers Malaysia #2 - CV/Resume Writing and Interview Skills

Sesi seterusnya, bersama kumpulan kedua yang di hadiri oleh 12 orang global volunteeers, Career Expert berkongsi tentang tip & strategi dalam membina resume yang berkualiti yang memikat hati majikan.

Selain itu, peserta-peserta juga di dedahkan dengan teknik untuk mempromosi kan diri (self-pitching) yang membuatkan anda kelihatan hebat dan memang paling layak untuk menyandang jawatan yang di pohon.

Peserta-peserta dapat menyatakan kelebihan dan kemahiran yang mereka ada untuk menjadikan mereka terpilih semasa temuduga.

Pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi di adakan bersama peserta-peserta Global Volunteers ini, membuatkan mereka begitu enjoy dalam sesi. Di adakan juga aktiviti berkumpulan, pembentangan, perbincangan dan self talk bersama Coach Nik Faiz

Masa Mencemburui

Sungguh terasa tempoh 8 jam bersama mereka begitu pantas. Sedar tak sedar, sesi sudah sampai ke penghujung. Kami sempat merakamkan bebeberapa video yang di kongsikan oleh peserta-peserta, pengalaman berprogram bersama Career Expert.

Alhamdulillah, ia kenangan yang indah dan sungguh bermakna. Didoakan semua peserta-peserta Global Volunteers Malaysia ini berjaya dalam bidang dan kerjaya yang akan diceburi tak lama lagi.

Jom lihat gambar-gambar dan video sekitar program berlangsung!

Global Volunteer for Youth with Career Expert

global volunteer malaysia with nik faiz
global volunteer malaysia with nik faiz
global volunteer malaysia with nik faiz
global volunteer malaysia with nik faiz
global volunteer malaysia with nik faiz
global volunteer malaysia with nik faiz

Jemput Career Expert ke Tempat Anda

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved