Dalam bengkel kerjaya ‘Get That Job’ yang lepas, salah seorang peserta bertanya kepada saya.
“Brother Faiz..macam mana kita nak tahu bahawa kita akan dapat tawaran kerja selepas temuduga kerja?”
Rakan beliau terus mencelah “itu pun nak tanya ke?..dapat offer letter tu maksudnya dapatlah..haha” Dengan muka yang kemerahan, beliau pun memusingkan badan dan mahu melangkah pergi.
Saya tepuk bahu beliau dan berkata “saya faham maksud soalan tu..duduklah saya ceritakan pengalaman saya. Kalau nak diceritakan semua memang tak balik la kita hari ni, tetapi saya akan kongsikan satu kisah benar pada anda semua.
Selepas saya grad dahulu saya pun macam anda jugak, blur..dan tak tahu nak kerja kat mana.
Dunia pekerjaan ni ibarat dunia yang baru kepada kita. Kalau dulunya semasa bersekolah dan diuniversiti kita akan sentiasa ada backup, kadang-kadang mak ayah yang jadi backup..dan kadang-kadang pula rakan-rakan sekekuliah dan lecturer akan tolong backup kan kita incase kalau ada apa-apa yang yang berlaku.
Tetapi sebaik sahaja kita keluar university, kita secara automatiknya bersendirian.
Buat resume pun kalau tidak masuk bengkel seperti Get That Job! hari ni, tidak akan ada orang yang tegur betul atau salah betul tak?” Beliau hanya mengangguk…
Minta Kerja Di Syarikat Swasta
Saya pernah mohon jawatan di sebuah syarikat swasta. Pertama kali saya lihat iklan jawatan kosong tersebut hati saya mengatakan bahawa saya akan dapat jawatan tersebut.
Perasaan itu tidak hilang dari diri, ia terus bermain-main di fikiran sehingga ketika saya buat resume pun saya dapat rasakan bahawa pihak syarikat akan suka dengan resume saya dan mereka akan panggil saya untuk interview.
Dan alhamdulillah syukur, memang benar, saya dipanggil untuk interview di syarikat tersebut.
Mak adalah orang yang pertama mengetahuinya, lalu beliau sujud syukur pada Allah.
Sijil Untuk Temuduga Hilang!
Tapi Allah maha mengetahui, dalam kegembiraan ada terselit kedukaaan. Sijil-sijil yang telah saya photostat untuk kegunaan temuduga telah hilang kerana beg saya telah dicuri.
Allahu! Macam mana aku nak pergi interview besok ni.
Memandangkan tarikh temuduga telah ditetapkan, saya tawakal kepada Allah dan saya tetap naik bas juga pada malam itu menuju ke Kuala Lumpur untuk hadir temuduga.
Sehingga pada saat itupun, hati saya masih berkata bahawa, saya akan dapat jawatan ini, saya akan dapat jawatan ini, saya akan dapat jawatan ini! Jerit hati kecil saya.
Bersedia Untuk Pergi Temuduga Tanpa Sijil dan Transkrip
Jam 5 pagi saya tiba di Kuala Lumpur, berehat sebentar di masjid dan persiapkan diri saya untuk ke temuduga.
Saya sampai satu jam lebih awal di syarikat itu, dan tepat jam 10 pagi saya telah dipanggil masuk ke bilik temuduga.
Satu jam saya ditemuduga, kemudian si penemuduga menyuruh saya berehat sebentar di luar sementara dia menyemak samada saya layak untuk temuduga kedua.
Temuduga Kedua, Layak Ke Aku?
Alhamdulillah! saya layak
Memandangkan saya datang dari jauh, saya akan terus di temuduga untuk pusingan kedua pada hari yang sama.
Temuduga pusingan seterusnya adalah pada pukul 2 petang.
Allah Maha Pemurah, saya telah diterima untuk bekerja disyarikat tersebut dan lewat petang itu saya diberikan terus offer letter.
Ya Allah, rasa sangat seronok sampai tidak terkata..orang pertama saya telefon untuk memberitahu khabar berita gembira ini adalah mak.
Mak juga sempat bagitau, ada seseorang telah menghantar beg saya yang berisi sijil-sijil saya..alhamdulillah.
Hebat kan message yang Allah s.w.t nak sampaikan kepada saya pada ketika itu.
Walaupun tidak ada sijil semasa temuduga,tetapi kalau Allah s.w.t itu telah menetapkan bahawa kita akan dapat dan itu adalah rezeki kita, maka walau macam mana sekalipun keadaan, kita tetap akan dapat dan yang penting kena ada usaha, keyakinan, minat dan kesungguhan.
Sebenarnya, selain daripada offer letter seperti yang kawan anda cakapkan tadi, hati kita akan ada instinct yang kuat, yang akan menyatakan samada kita akan dapat atau tidak.
Hati serta perasaan itu akan jadi kuat jika kita ada keyakinan pada Allah dan meletakkan segala pengharapan itu hanya padaNya.
Pesan guru saya yang selalu saya pegang, ‘have faith!
Susah sebenarnya untuk digambarkan, tetapi anda akan tahu dengan sendirinya bagaimana ‘rasa’ itu apabila anda sendiri yang mengalaminya.
ANDA BELAJAR SESUATU?
Mudah-mudahan perkongsiaan ini akan memberi manfaat pada anda.
InsyaAllah, pada lain hari saya akan kongsikan kisah-kisah lain pula yang berkisarkan pengalaman saya mencari kerja.
Jangan lupa #LIKE & #SHARE artikel ini pada rakan-rakan yang lain k.
[ANDA MAHU DIBANTU?]
Sertai saya dalam bengkel persediaan kerjaya, Get That Job! Bengkel Penulisan Power Resume dan Power Interview dengan YURAN TAK MASUK AKAL di 3 lokasi berikut; Kota Bharu, Kuala Terengganu & Kuantan. Untuk maklumat lanjut, layari Bengkel Persediaan Kerjaya 2016 atau hubungi 019-210 4948 untuk tempahan . Tempat terhad Klik di sini sekarang!