Skip to main content
Rules For SuccessTip Harian

Rules For Success No #5-Have Faith

By March 2, 2016No Comments

Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya telah kongsikan dengan anda 4 ‘rule for success’ yang saya rasakan ianya sangat membantu, dan dengan izin Allah akan membantu anda juga.

Jika anda pertama kali membaca artikel ini, anda mungkin berminat untuk baca artikel Rules For Success  yang lain di sini

Tips yang terakhir yang juga Rules for Success #5 yang saya ingin kongsikan dengan rakan pembaca yang saya hormati sekalian adalah ‘Have Faith’, yakin kepada Allah dan bukan 70% atau 90%, tetapi 200%!

Have Faith

Sejak akhir ini saya banyak menekankan ‘faith’ didalam artikal saya dan juga posting saya, kenapa agaknya ye?.

Kerana inilah kuncinya!

Jika ada orang yang bertanya kepada saya apakah kunci kejayaan saya, maka memang tidak lain tidak bukan, keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah kuncinya.

Tindakan dan Usaha Yang Dibuat

Setiap perkara yang kita lakukan, atau usaha niaga yang dilakukan, kita perlu yakin dengan Allah s.w.t bahawasanya ia akan berhasil.

Apabila kita telah meletakkan segala-galanya pada Allah, maka disaat itulah hati kita akan mula merasa tenang, jiwa kita akan rasa tenteram.

Dalam kita berusaha secara jasmaninya maka jangan dilupa untuk berusaha secara rohaninya iaitu BERDOA, kerana Allah sangat suka kepada hambaNya yang sentiasa menadah tangan dan memohon padaNya…

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

(Petikan Doa Solat Sunat Dhuha)

Rakan pembaca yang saya hormati sekalian, tiada sebarang batasan dalam kita berusaha yang penting usaha itu adalah jalan usaha yang halal, maka BERUSAHA-lah! dan ‘HAVE FAITH-lah!

rules-for-success-5-caption-nik-faiz

Doa saya untuk kalian, semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki kepada anda dan meringankan tangan anda untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda suka artikel ini, klik LIKE, Comment dan Share kepada rakan-rakan dan sama-sama mendapat manafaat ! ???

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.