Skip to main content
MotivasiRules For SuccessTip Harian

Rule for Success #2 : Be Consisten and Be Happy

By February 11, 2016February 13th, 2016No Comments

Apa khabar anda semua? Hari ni saya share rule no.2 untuk success.

Saya ada tulis Rules for Success No #1 di sini ==> Klik untuk baca jika anda belum baca lagi, k

‘Be consistent be happy’..

rules-for-success2-nik-faiz-motivator

Ada beberapa soalan yang kita boleh tanyakan kepada diri kita sendiri:

No #1 Adakah Kita Konsisten dengan Gerak Usaha ?

Sesetengah daripada kita bila tengah ‘panas’ akan rasa membuak-buak semangat untuk berbisnes..tetapi lama-kelamaan rasa macam suam-suam kuku dan rasa sejuk.

So macam mana nak sentiasa panas?

Tips nya adalah bergaul dengan mereka yang ‘panas’ membara dengan semangat, jangan duduk sorang-sorang.

Bila rasa down, berkomunikasilah dengan orang yang positif dan bersemangat tinggi. in sya Allah semangat anda akan kembali positif

No #2 Anda Gembira dan Puas Hati Dengan Apa Yang Dibuat Sekarang?

Ini sangat penting kerana jika kita tidak ‘happy’ dengan apa yang kita buat maka kita tidak akan dapat berikan 200% komitment dan fokus.

Cuba anda tanyakan kepada diri sendiri adakah bisnes atau kerja yang anda buat itu buatkan anda ‘happy’ atau ‘stress’? Jika stress, maka cari alternatif, cari sesuatu yang membuatkan anda ada ‘passion’ bila anda membuatnya.

Seorang pengusaha burger tak semestinya ‘happy’ menggoreng daging burger..tapi dia happy dapat bungkus burger bagi cantik-cantik..

Sesuatu gerak usaha yang ‘konsisten’ akan memacu anda kearah kejayaan manakala ‘bergembira’ dengan apa yang anda lakukan akan memastikan momentum anda terus bertenaga.

InsyaAllah, bersambung dalam Rules for Success #3.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.