Skip to main content
Rules For Success

Rules for Success #4: Learn and Relearn

By February 29, 2016No Comments

Tip ini adalah artikel keempat (4) dari 5 tip berkenaan ‘Rules For Success’.

Jika anda pertama kali membaca artikel ini, anda mungkin berminat untuk baca artikel Rules For Success  yang lain di sini

#4 – Learn and Relearn

Rule ni sangat simple tapi membawa maksud yang sangat mendalam. Belajar dan belajar semula.

Perkara ini mungkin sudah kurang diamalkan oleh sesetengah daripada kita, lebih-lebih lagi kalau kita sudah melepasi fasa kolej dan universiti.

Learn

Sesuatu informasi yang kita belajar ‘LEARN, kita baca, dan yang kita dengar akan bertukar menjadi ILMU apabila kita mula untuk berkongsi informasi tadi dengan orang lain.

Semakin banyak kita berkongsi sesuatu ilmu itu, semakin mantap ilmu serta pemahaman kita terhadapnya.

Malah apabila kita berkongsi sesuatu ilmu itu secara tidak langsung kita akan ‘RELEARN ilmu yang sudah kita ketahui.

Berkongsi Ilmu

Apabila kita ada sesuatu ilmu yang berguna, maka sampaikanlah kepada mereka yang memerlukannya.

Sesuatu ilmu yang Allah s.w.t berikan kepada kita juga merupakan suatu amanah kepada kita untuk disampaikan kepada mereka yang lain.

Belajar dan belajarlah lagi.

Ilmu Allah s.w.t itu sangat luas dan banyak . Apabila sudah belajar maka sampaikanlah ilmu itu kepada mereka yang lain. Jangan sesekali penat untuk belajar ilmu dan jangan sesekali kedekut untuk kongsikankannya.

Mudah-mudahan Allah s.w.t akan tambahkan ilmu tuan puan.

Inspirasi

Saya ingin kongsikan kisah mengenai seorang guru yang mengelarkan dirinya sebagai Oyai Nord. Cabaran yang diterima beliau adalah apabila salah seorang pelajar yang mendaftar di sekolah memandunya adalah seorang OKU.

learn-and-relearn-nik-faiz

Beliau menggunakan pelbagai idea yang kreatif seperti sticky notes bagi menulis langkah demi langkah cara pemanduan.  Ini bagi menjamin ilmu pemanduan itu dapat disampaikan kepada pelajar-pelajar OKU ini dan mudah difahami  bagi membolehkan mereka untuk memandu dengan baik dan lulus ujian memandu nanti.

Tahniah Oyai Nord dan team! Teruskan usaha anda!.

“Berjayanya seseorang itu dengan ilmu yang anda kongsikan adalah kejayaan sebenar anda” – Nik Faiz

Jika anda suka artikel ini, klik LIKE, Comment dan Share kepada rakan-rakan dan sama-sama mendapat manafaat ! ???

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.