Skip to main content
Rules For SuccessTip Harian

Rules For Success #3 : Don’t Give Up, Never Surrender!

By February 13, 2016No Comments

Salam hujung minggu buat rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Hari ini saya ingin share Rules for Success #3 iaitu Don’t Give Up and Never Surrender!,

Jika anda pertama kali membaca artikel ini, anda mungkin berminat untuk baca artikel Rules For Success  yang lain di sini

Jangan Menyerah, Jangan Mengalah’

Memang tidak dinafikan dalam kita berbisnes sudah tentu ada ‘jatuh’ dan ada ‘bangun’, namun yang membezakan adakah kita mempunyai ciri-ciri orang yang berjaya atau tidak adalah, bagaimana kita hadapi keadaan dimana kita ‘jatuh!’

Ini adalah antara kata-kata orang yang berjaya apabila saya menemui mereka;

No #1 Apabila saya gagal..saya akan usaha lagi..kemudian gagal lagi..saya akan usaha lagi dan lagi dan lagi..sehingga saya berjaya.

No #2 Apabila saya jatuh..saya akan bangun semula..dan bermula semula..sehinggalah saya berjaya

No #3 Apabila saya dihina, saya tak pernah mengalah, malah saya berterima kasih kepada mereka yang menghina saya. Ini kerana mereka memberitahu kelemahan yang perlu saya perbaiki yang mana ianya tidak saya ketahui.

No #4 Apabila mereka mengatakan bahawa bisnes saya tidak boleh pergi jauh, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat saya untuk saya buktikan kepada diri saya bahawa bisnes saya mampu pergi jauh.

No 5 Apabila rasa terasa sangat lemah untuk bangun dan bangkit semula setelah gagal dan jatuh..saya akan katakan kepada diri saya bahawa..’jangan risau..Allah sentiasa bersama saya’

Menyerah dan mengalah tidak akan mendatangkan apa-apa hasil yang positif kepada kita.

rules-for-success-never-give-up-and -surrender-nik-faiz

Apabila gagal atau jatuhnya kita dalam bisnes, ambil masa seketika, bertenang dan renungkan kembali apakah ‘mesej’ yang Allah ingin sampaikan kepada kita. InsyaAllah, mesej dari Allah s.w.t itu semuanya baik-baik belaka.

Kita belajar dari kegagalan, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya…

DON’T GIVE UP AND NEVER SURRENDER!

Jika anda suka artikel ini, klik LIKE, Comment dan Share! ???

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved