Skip to main content
panduan lengkap menulis resume by nik faiz

Kerapkali saya menerima permintaan dari peserta-peserta program saya untuk membuat semakan / review resume. Rata-rata masih ramai yang buat resume menggunakan template design yang lama.

Ada  resume yang tiada gambar, resume kosong (hanya black and white), too-wordy (terlalu banyak perkataan) dan kurang wow, walaupun dalam resume tersebut ditulis CGPA 4.0! 

Kalau saya dapat resume/cv yang tak ada gambar memang awal-awal lagi saya letak tepi. Sebab gambar tu memang sangat penting untuk saya buat penilaian pertama. ‘Pictures tells a thousand words’ guys!

Cer ubah sikit, tukar daripada resume yang design ‘old school’ kepada design yang modern. Bukan apa, pada saya resume ni ibarat seperti leaflet / brochure marketing.

Kita tengok leaflet produk-produk dipasaran, kalau nampak macam tak menarik, kita pun malas nak tengok kan?

Ada orang cakap, majikan amik masa 6 saat untuk review resume, kalau resume tu kurang menarik mungkin kurang lagi, kalau resume anda sangat menarik, majikan boleh spend lebih dari 6 saat.

Saya sendiri pernah spend masa selama 5 minit dan lebih untuk review resume sebab resume tu sangat menarik.

Nak bagi nampak supaya resume anda seolah-olah ada nafas baru dan nampak fresh, try la buat yang infografik, confirm menarik!

Coach, ada panduan ke nak tulis resume/cv…?

Kerapkali saya terima pertanyaan dari peserta-peserta program saya, ada ke panduan nak tulis resume? Ada ke contoh resume terbaik. Ada ke template resume? Oleh itu hari ini saya nak kongsi dengan anda semua panduan lengkap menulis resume, supaya  anda tiada masalah untuk buat sendiri resume! Ingat, resume/cv kena buat sendiri, jangan tiru orang! Sebab apa – resume/cv yang anda tiru dari kawan, ambil dari internet seolah-olah tiada ‘nyawa’, takde ‘jiwa’.

Kata bijak pandai, setiap peluang itu tidak akan sentiasa terbuka. Namun, ia juga tidak akan tertutup selamanya. Apa yang anda perlu lakukan adalah berusaha agar setiap peluang yang datang itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Untuk permulaan pencarian kerja, anda perlu lah mempunyai matlamat yang jelas tentang ciri-ciri kerja yang diminati dan diimpikan itu.

Menulis resume ini ada seni dan strateginya. Kerana apa setiap cara yang anda gunakan adalah untuk menarik minat syarikat terhadap anda dan membuat keputusan untuk panggil anda hadir temuduga.

Panduan Menulis Resume Anda…

Saya ada nyatakan di atas, majikan cuma ambil masa 6 saat untuk scan resume anda secara keseluruhan. jika layout resume anda langsung kosong dan tidak menarik mungkin masa yang diperuntukan jadi kurang dari 6 saat. Jadi apa yang mereka lihat?

Terdapat 6 lokasi sahaja yang mereka lihat dalam resume anda.. iaitu:

  1. Nama Penuh & Jantina anda
  2. Tempat kerja terdahulu / tempat anda menjalani latihan industri
  3. Pangkat dan posisi anda
  4. Pengalaman Kerja (tertumpu kepada jangka masa perkhidmatan – samada lama atau pun kerap bertukar-tukar kerja dari satu syarikat ke syarikat yang lain.
  5. Tarikh mula dan tamat kerja (reflect pada point no.5)
  6. Akhir sekali, latar belakang pendidikan anda.

Sekiranya mereka berpuas hati dengan maklumat yang dilihat (dalam tempoh 6 saat / lebih ini), mereka akan pilih dan menyaring anda untuk peringkat seterusnya yang lebih terperinci seperti skill, anugerah dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan jawatan di pohon.

Oleh itu, 6 perkara yang disenaraikan merupakan panduan menulis resume paling utama dan perlulah ditulis dengan jelas agar majikan dapat menilai dengan sebaiknya.

Bagi anda yang follow saya, baru-baru ini saya ada melancarkan buku terbaru saya bertajuk ‘Mudah Dapat Kerja’. Buku ini menceritakan tentang  tips dan strategi yang saya sendiri lakukan ketika sedang memburu kerja, bermula dari ketika masih menjalani latihan industri sehingga lah ditawarkan kan kerja. Ia juga merupakan panduan lengkap menulis resume hingga kepada persediaan sebelum, semasa dan selepas hadir temuduga!

6 bulan selepas konvo, rakan-rakan sefakulti masih lagi huru hara mencari kerja, hantar resume dan hadiri panggilan temuduga. Alhamdulillah, saya sendiri sudah berjawatan dan sedang menyambung pengajian peringkat master. Bagaimana saya dapat kerja dengan begitu cepat?

Ingin tahu apakah antara isi kandungan strategi yang saya sampaikan?

Segera dapatkan buku terbaru saya ini – “Mudah Dapat Kerja! Panduan lengkap membantu anda dapat kerja dengan mudah dan cepat”

Terdapat “special offer” untuk anda kini. Pastikan anda mendapatkannya hari ini supaya tidak terlepas special offer yang diberikan! . Pemberian ini adalah terhad sahaja, oleh itu, dapatkan Mudah Dapat Kerja sekarang di sini.

Nik Faiz, CPCC

Kuala Lumpur, Malaysia

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.