
Dalam tutorial ini, saya akan terangkan cara mudah buat resume online tanpa perlu upah designer.
Anda hanya perlu isikan maklumat. Jadi tak perlu buang masa terlalu lama untuk design resume samada menggunakan Adobe Photoshop ataupun Powerpoint.
Semua template ini anda hanya perlu edit secara online sahaja.
Kenapa nak buat resume yang infografik?
Resume yang dicari majikan adalah berbentuk:
- Moden
- Nice to see
- Proper
- Neat
- Tidy
Cara Mudah Buat Resume Online
- Ini merupakan salah satu tools cara mudah buat resume, untuk mula buat resume pergi ke kickresume.com. Click Create Now.
2. Sebelum mula membuat resume, sign in / create new account.
3. Tick pada butang read and agree, dan tekan continue.
4. Pilih di mana lokasi anda mahu mohon kerja dan klik Next
5. Pilih industri kerja yang diceburi dan klik Next
6. Pilih tangga gaji dan klik Save
7. Pilih template. Terdapat pelbagai resume infografik yang anda boleh pilih. Tekan preview untuk lihat paparan resume.
Template resume atau design reka bentuk resume adalah pelbagai. Ianya bergantung kepada jenis kerjaya yang ingin diceburi.
Setiap template adalah spesifik.
TIPS MEMIILIH TEMPLATE RESUME
Berikut merupakan tips dari saya apabila mula membuat pemilihan template resume:
- Template – pilih template yang moden, terkini dan mengikuti trend semasa
- Template color – pastikan template yang dipilih tidak terlalu warna warni. (3 tone warna dibolehkan)
- Font – pilih font yang senang untuk dibaca seperti Calibri, Arial, Century Gothic (hanya 2 jenis font sahaja dibenarkan dalam setiap resume)
- Font Size – bergantung kepada jenis tulisan, dan semestinya ianya mudah untuk dibaca, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
- Spacing – 1.5 spacing adalah paling baik dan menyenangkan pembaca.
- Justify – setiap perenggan akan nampak lebih tersusun jika ianya di ‘justify’
- Font Color – digalakkan menggunakan warna HITAM
UPGRADE ACCOUNT
Account ada 3 kategori subscription iaitu
- Percuma
- Bulanan
- Tahunan.
Kalau takde budget dan nak berjimat, ambil akaun percuma. Tapi kalian akan kalian akan dapat template resume yang basic / asas jer.
Kalau ada budget, better langgan yang setahun (RM200 setahun) atau bulanan (RM75). Dah terer buat resume nanti, boleh ambil upah jual template resume pada kengkawan 🤣🤣🤣
8. Mula create resume. Isi maklumat yang akan perlu dimasukan dalam resume kalian.
Jika kalian perhatikan ada satu box yang paling bawah tu, haaa..yang tu tempat untuk korang buat second pitching pasal diri korang. Pitching kaw kaw sikit
Baca: Checklist Biodata Perlu Ada Dalam Resume
9. Isi maklumat pengalaman kerja. Di ruangan ‘ADD PHARES”, isikan maklumat mengikut cara Do’er and Acheive’er seperti saya kongsikan dalam kelas.
Kalau lupa..meh masuk kelas saya balik, jika belum anda perlu join next workshop yang saya ajar :d
10. Bahagian ini adalah bahagian education history. Apa sahaja yang berkaitan dengan ‘belajar atau tambah skill releven dengan jawatan di pohon’, kalian boleh isi disini.
Pergi kursus seminggu pun boleh isi diruangan ni.
11. Ini pula bahagian Skills, bahagian ni saya paling suka pakai Kickresume sebab dia tak sama dengan software yang lain.
Dalam kategori skill ni kalian boleh tambah type of skill dengan klik pada button ‘add new skills’. Jadi kalian boleh buat kategori skill yang baru, katakan ‘Personal Skills’, ‘Technical Skills’.
Menariknya, untuk setiap subkategori tu kalian boleh tambah lagi skill sebanyak mana kalian nak tambah. Ohsem kan?
12. Seterusnya, kalian boleh tambah lagi section yang lain, nak tambah reference ke, awards ke, social media ke.
Rujuk panduan lengkap 12 Kunci emas menulis resume yang saya dah kongsikan di dalam kelas.
Baca: Panduan 12 Kunci Emas Dalam Resume
14. Sekarang resume sudah siap! Kalian boleh preview dan download, ataupun menggunakan fungsi-fungsi lain yang ada.
Contoh Resume Yang Siap
KESIMPULAN
Proses buat resume sekarang jauh lebih mudah berbanding satu ketika dahulu.
Kebanyakkan tools dan semuanya sudah tersedia. Tinggal lagi kita mahu manfaatkan atau biarkan.
Resume ini adalah aset yang melayakkan anda untuk dipanggil temuduga.
Apabila dilakukan dengan betul, nilainya sangat tinggi.
Jadi, saya sudah kongsikan cara mudah buat resume online. Adakah ada lagi info berkaitan kerjaya yang anda mahu tahu?
p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Supaya manfaatnya lebih tersebar luas.
Klik butang “Share” di bawah =)
Pada pendapat saya, satu resume yang baik adalah ditulis dengan cara profesional yang memberi tumpuan kepada pengalaman, pendidikan, kemahiran dan bakat yang boleh memberi manfaat kepada calon majikan
Terima kasih Tuan Karim singgah di blog saya.
Setuju tuan. Ia menjadikan individu tersebut (calon pencari kerja) dilihat sebagai calon terbaik dan paling layak untuk jawatan dipohon.
[+] Rahsia Mudah Dapat Kerja
http://www.rahsiakerjaya.com
Membantu sangat-sangat, takyah fikir nak susun macam mana, kita isi je pastu terus dah tersusun cantik.
Bagi orang yang memang kena buat resume untuk cari kerja memang sangat memudahkan.
Lepas tu ada banyak template, so bestlah bolehtukar-tukar nak tengok template mana yang sesuai.
Asrul bin abu bakar