

Semalam berlangsung webinar “Anak Muda Aset Negara” tajaan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Antara topik yang dibincangkan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan dalam membentuk generasi anak muda sekarang agar menjadi aset negara yang bernilai komersial, bukan hanya sekadar pada sudut intektual sains tetapi juga dari sudut islami.
Dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, webinar ini menggabungkan 7 icon industri yang terdiri daripada :
🧕 Ustazah Fatimah Syarha
Topik : Ok Not To Be Ok? Jim Bijak ‘Lego’ Emosi!
🧕 Puan Hajah Rohani
Topik : Financial Plan: Ok @ Ko?
🧕 Nur Iylia Malek
Topik: Sembang Bisnes Anak Muda
🤵 Coach Nik Faiz (Perunding Kerjaya)
Topik: Starter Kit Graduan Ke Alam Kerjaya
🤵 Pencetus Ummah Amin (Finalis Pencetus Ummah ASTRO)
Topik : Anak Muda Akhir Zaman
🧕 Bonda Nor (Penulis Buku)
Inspirasi Penulis
🤵 Aiman Azlan (Penceramah Motivasi)
Topik : Anak Muda First Class
Persediaan Graduan Melangkah Ke Alam Kerjaya
Bagi sesi Coach Nik Faiz, menyampaikan sesuatu yang amat penting buat anak muda / graduan sebagai persediaan kerjaya iaitu “current job market” dan “starter kit” graduan apabila melangkah ke alam pekerjaan!
Zaman ini, persaingan terlalu tinggi, setiap graduan dan anak muda perlu membuat persediaan kerjaya dan membina jenamanya tersendiri. Coach Nik Faiz mendedahkan kepada anda dari bagaimana hendak membuat persediaan kerjaya semasa di semester awal di universiti, sehinggalah anda melangkah keluar sebagai graduan kerjaya.
Dikongsikan bersama :
- Masalah kebolehpasaran graduan di Malaysia – pasti anda juga menghadapinya!
- Apakah starter kit atau persediaan seseorang sebaik sahaja bergelar graduan dalam melangkah ke alam kerjaya
- Apakah cabaran terbesar buat graduan dalam memiliki tempat di dalam sektor awam mahupun swasta pada masa kini
- Solusi apakah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dalam mengatasi masalah kebolehpasaran mahasiswa
- …. dan banyak lagi.
Video [rakaman] ini agak lama (56 minit) tetapi terdapat banyak tips dan strategi di selitkan di dalamnya. Video ini adalah rakaman #Webinar slot Coach Nik Faiz pada hari Ahad 20 September 2020. Klik play di bawah untuk tonton dan dengar!