
Ada yang bertanya, adakah perlu buat persediaan menghadapi interview? Untuk menjawab persoalan itu, saya ingin kongsikan satu kisah benar yang berlaku pada saya peringkat awal dahulu untuk satu interview kerja dengan sebuah syarikat swasta dan international.
Jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif produk, di mana syarikat ini adalah untuk sebuah syarikat yang membekalkan ubat kepada hampir seluruh klinik dan hospital di Malaysia.
BERMULA SESI TEMUDUGA…
Peringkat pertama, soalan standard yang pastinya kita dah praktis awal-awal, termasuklah saya.
‘can you please briefly tell us about yourself?’
Ahh kacang jerr..alhamdulillah mereka suka dengan apa yang telah saya ceritakan tentang diri saya.
Sesi berlangsung selama lebih kurang beberapa minit untuk pengenalan awal dan soalan soalan asas yang lain.
Then, now comes the real interview session …
Penemuduga kedua pula bertanya soalan ‘ what is your opinion between a generic drug vs original brand name drug’ Wah..soalan killer ni, perghh..abislah aku kali ni.
Disebabkan mereka nampak saya agak blur, jadi mereka berbaik hati bagi ‘clue’ pada saya. Ingatkan dah bagi ‘clue’ tu kiranya adala harapan untuk lalui interview itu dengan senang hati.
Saya berikan jawapan saya lebih prefer ubat yang original. maklumlah ORI kan..mestilah lagi bagus kualitinya. Itu saya fikirkan ketika itu.
PENEMUDUGA TAK PUAS HATI…
Rupanya jawapan yang saya berikan itu tidak memuaskan hati mereka. Saya langsung tak buat persediaan menghadapi interview ini.
Nak tahu tak kenapa?
Syarikat itu merupakan antara pengeluar ubat generic terbesar dunia. Oleh kerana ada generic drug ini boleh membuatkan semua orang sakit mampu untuk beli ubat untuk usaha merawat, berbanding ubatan original belum tentu orang sakit mampu beli. Wammp! terkena saya..
Sesi interview tersebut hanya ambil masa 10 min sahaja dan as expected, memang saya tidak mendapat offer kerja di syarikat tersebut.
SAYA RASA TAHU, RUPA-RUPANYA…
Ya, saya begitu yakin saya akan diterima bekerja, sehingga saya lupa membuat persediaan menghadapi interview.
Apakah antara kesalahan yang dilakukan saya dahulu? :
- Tidak membuat persediaan menghadapi interview.
- Tidak mengkaji perihal syarikat tersebut dengan sepenuhnya.
- Main tangkap muat je. Saya tak betul-betul memahami jawatan yang telah di pohon.
- Saya langsung tidak mengkaji produk yang diusahakan oleh syarikat tersebut.
- Komunikasi yang lemah
- Kurang keyakinan diri yang berpunca dari kurangnya pengetahuan tentang syarikat tersebut
- …… dan banyak lagi
Temuduga merupakan salah satu penilaian untuk melayakkan seseorang diterima kerja mahupun program dimohon di IPTA atau pengajian lanjutan lain.
Hadir ke temuduga memerlukan persediaan bukan sahaja dari pengetahuan malah personaliti dan komunikasi juga menjadi penyumbang kepada markah anda untuk diterima bekerja.
Hadir ke temuduga perlukan ilmu, bermula dari saat pertama anda menghantar resume kepada syarikat yang dipohon, persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga, dan bagaimana komunikasi anda ketika berhadapan dengan penemuduga
Tak mustahil, sekiranya dalam keadaan gemuruh atau diuji dengan pertanyaan yang menguji minda dan hati, personaliti sebenar calon akan terbongkar oleh penemuduga yang berpengalaman.
Jadi sekarang adalah masanya untuk saya bantu anda supaya anda tidak terjebak di dalam situasi yang sama seperti mana yang telah saya lalui, jadi buat persediaan menghadapi interview 🙂
Jika anda suka artikel ini, klik LIKE, Comment dan Share kepada rakan-rakan dan sama-sama mendapat manafaat !
Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah
dapat
kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI
WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar
Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂