Q&A with Coach Nik Faiz. Tanya apa sahaja yang anda nak tahu tentang kerjaya! Tuliskan soalan anda di bawah.
Anda boleh tanya apa saja nak tahu tentang Resume, temuduga, masih blur nak kerja apa nanti…atau nak mengadu pun boleh 🙂
InsyaAllah, saya akan baca dan jawab satu persatu soalan anda.
Salam coach, sy seorang graduan berkelulusan pengurusan perpustakaan.Sekarang sy bekerja sbg pembantu operasi di sebuah syarikat swasta yg menjalankan (whosales/retails/distribution). Sepanjang 4 tahun sy tamat bljr, sy mmg bekerja dlm bidang retail. Pada pendapat coach adakah patut utk saya meneruskan pencarian kerja mengikut kelulusan saya? Atau sy hanya perlu fokus pada bidang yg perkerjaan sy skrg?
Assalamualaikum Coach. Saya sekarang dah berusia 40an. Saya menerima tawaran VSS dari majikan pada awal tahun ini dan hingga sekarang masih mencari pekerjaan tetap. Position terakhir saya adalah sebagai Support Team bagi satu sistem legasi yang sudah kurang digunakan sekarang. Ini menjadikan skills dan pengalaman saya selama ini tidak dapat digunakan dalam kebanyakan tawaran pekerjaan yang menggunakan teknologi baru lebih maju. Apakah nasihat dan cadangan Coach dalam perkara ini? Adakah pada usia saya sekarang masih boleh re-skill? Apa akan jadi dengan seniority dan position saya? Terima kasih.
Assalamualaikum coach. Saya sekarang bekerja tetapi ingin bertukar bidang. Cuma tak tau nak ke bidang apa lagi. Dan saya memang dah tak minat dengan kerja sekarang, dah tak beri 100%. Saya berfikir untuk berhenti dan ambil masa rehat sebentar sebelum bekerja semula. Saya faham dengan keadaan sekarang tapi dari saya kekal dan akan ada efek pada kerja saya dan company, adakah elok saya berhenti?
Assalamualaikum Coach.
Maaf saya ada 3 soalan..
1. Macam mana kita nak kenalpasti majikan atau hiring manager tu lebih berminat pd resume SIMPLE atau SPECIFIC?
Adakah kita perlu hantar 2 jenis resume yang berbeza?
2. Apa antara skill-skill yang akan lebih menjadi tumpuan majikan?
3. “Skill-skill adobe akan lebih menjadi tumpuan majikan masa kini dalam memilih calon pekerja”
myth atau fact?
Terima kasih coach!
Assalamualaikum Coach! Saya merupakan salah seorang AJK untuk program I-Talk Self Marketing dari UMT semalam. Saya ada satu soalan yg tidak sempat diajukan semalam. Soalan saya, smalam Coach ada mention dlm era pandemik sekarang, graduan tidak patut memilih gaji untuk memulakan pekerjaan. Namun saya brpendapat, jika kita menerima sahaja tawaran gaji yg rendah, ia ibarat kita ‘beri muka’ kpd mereka utk merendahkan gaji yg selayaknya seorang degree students perolehi dari masa ke masa. Apa pendapat Coach?
Assalamualaikum, coach. Saya student dari bidang matematik. Saya berminat untuk belajar lebih dalam bidang supply chain disebabkan saya ada ambil beberapa kos elektif matematik yang menyelesaikan beberapa masalah berkaitan dgn bidang tersebut. Saya nak explore bidang ni sebab saya belajar matematik tetapi kurang pengetahuan dari segi asas-asas supply chain management/logistics.
Persoalan saya, kalau saya nak minta intern pada satu syarikat ni tapi requirement dia ada tulis contoh Bachelor in Supply Chain/Logistics, boleh ke kalau saya nak apply juga?
Waalaikumussalam Nur,
Pandangan saya, Nur boleh apply untuk intern tersebut namun untk kes Nur, Nur harus rasionalkan ilmu dan pengetahuan Nur dalam matematik dengan keperluan Supply Chain, dan apa benefit mereka jika graduan matematik menjadi sebahagian tenaga kerja mereka.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Boleh coach kongsikan sikit berkaitan video resume & contentnya sama ke macam resume yang wording?
Secara ringkasnya berkenaan video resume; video resume adalah salah satu ‘tools’ untuk mempromosikan diri sendiri secara digital. Ianya berdurasi kurang dari 5 minit dan setiap kandungan/content itu dalah ‘pitching’ agar dapat menimbulkan minat bakal majikan untuk menjemput ke temuduga kerja.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
coach kalau candidate mention “bottle up things” as weakness.. would it be a disadvantage to the candidate?
2.Bagaimanakah cara susunan sijil yang terbaik?
1) Pandangan saya, ada baik dan buruknya untuk ‘bottle up things’ terutamanya jika sesuatu isu itu adalah sensitive dan boleh mengundang pandangan yang tidak di mata bakal majikan. Jadi untuk bagitahu bahawa itu salah satu dari weakness, anda harus nilai kelebihannya untuk anda dan apakah kemungkinan pandangan bakal majikan terhadap anda
2) cadangan penyusunan dari saya adalah bermula dari sijil terkini yang dibanggakan dan diikuti dengan yang seterusnya.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Assalamualaikum coach,
Saya ingin mengemukakan soalan jika saya sebagai first students nak tanya pendapat dr hendak menceburi work experience di samping belajar.
Saya minat akan It dan cenderung kepada bidang penulisan namun dalam masa yang sama saya juga aktif menceburi bidang pertandingan antara universiti tentang it dan banyak terlibat dengan bidang kesukarelawaan seperti UNESCO dan Duta Jauhar.
Saya juga berpengalaman dalam bidang keusahawanan ketika mengendalikan food truck dan koperasi semasa zaman diploma.
Maka,bagaimana cara atau medium yang boleh saya mula untuk adapt diri saya dalam bidang publicatioon book or drama tapi dalam masa yang sama saya dapat mempromosi diri semasa dalam resume bidang saya pernah ceburi?
Waalaikumussalam,
Pandangan dan cadangan saya, kenal pasti minat yang paling utama, kemudian kenalpasti juga kepakaran dan kebolehan diri yang boleh menyokong minat yang paling utama. Dengan kata yang lebih mudah bagaimana bidang IT boleh menambah nilai dalam book publication dan drama. Tentunya banyak kan?
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Coach boleh tunjukkan contoh resume lengkap berdasarkan 10 tips yang dikongsikan.
InsyaAllah, sertai bengkel bersama saya, maka saya akan tunjukkan resume/cv saya sendiri
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
1. Perlukah saya tulis tempoh saya berkerja part time di resume?
2. Bolehkah seseorang itu ‘lompat’ kerja untuk cepat naik gaji?
1) Ya, ia adalah perlu kerana ia akan membantu bakal majikan membuat penilaian yang terbaik terhadap anda.
2) Saya menggalakkan lompat kerja, namun mesti lakukannya dengan berhemah, berstruktur dan berstrategi, supaya lompat kerja itu menampakkan anda seorang yang opportunist
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Hai coach. Apakah tips / cadangan yang coach boleh berikan untuk students tingkatkan skill pengucapan awam / komunikasi yang berkesan?
Hi Aisyah, cadangan saya.. Cari peluang untuk membolehkan anda berucap dan bercakap didepan orang ramai. Mungkin anda boleh mulakan live di FB atau seumpananya. Skill akan meningkat bila mana kita selalu mengasahnya dengan baik
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
coach sejak bila kena bermula buat resume? kalau student tahun 1 universiti kira dh boleh mula dan keep on updating la kan?
Saya sangat menggalakkan pelajar bermula merangka dan membuat resume mereka secepat atau seawal yang mungkin. Dengan itu ia akan memberikan mereka idea tentang maklumat apa yang harus diisi dan boleh membuat persediaan seawal yang mungkin dan tepat seperti apa yang anda sebuatkan, boleh ‘update’ dari masa ke semasa.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
1. Coach, kalau resume sahaja dah banyak pages, jadi apa beza dengan CV?
2. Resume content untuk internship sama ke coach dengan fresh graduate atau mereka yang tengah cari kerja?
1) Pandangan saya, jika di pasaran kerja sebenarnya ia tidak ada beza, kerana Kedua-dua nya menjalankan fungsi yang sama iaitu memberikan informasi yang rasional kepada bakal majikan agar di panggil ke temuduga.
2) Content / kandunganya adalah sama sahaja.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Coach,
1)Untuk working experiences kita boleh masukkan kesemua pengalaman kerja ataupun kena pilih?
2) Apa beza personal skills dengan personal quality?
3)Kalau kita ada pencapaian yang banyak semasa sekolah menengah, boleh ke kita masukkan semuanya dalam resume?
4) dekat mana nak tengok job advertisement?
1) Setiap pengalaman kerja adalah sangat berharga, masukkan semuanya dan rasionalkan dengan jawatan kerja yang bakal dimohon.
2) Personal Skills adalah skill peribadi yang ada pada diri anda untuk memboleh anda menjalankan sesuatu tugasan dan tanggungjawab. Manakala personal quality adalah merujuk kepada sikap dan sifat peribadi yang akan mencerminkan diri anda ni orangnya macam mana.
3) Boleh dan silakan dimasukkan semuanya, kerana bakal majikan juga akan dapat lihat asas pembentukkan peribadi dan kemahiran yang ada pada diri anda.
4) Ada banyak job search engine yang boleh di download dan install terus ke phone, namun yang paling saya suka adalah LinkedIn dan Glassdoor
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
1. Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan?
2. Macam mana nak sesuaikan diri dengan surrounding yang baru dalam pekerjaan?
1) Persediaan yang paling penting selain dari skill dan kemahiran yang khusus adalah persediaan emosi.
2) Lapangkan dada dan letakkan diri dalam ‘mode’ ingin belajar dan ingin menyesuaikan diri. InsyaAllah anda akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Coach, Ibu ayah mahukan saya bekerja dalam bidang perubatan. Sebenarnya saya lebih suka untuk bekerja sebagai fashion designer. Saya dalam dilema sekarang…Boleh bagi some motivational & professional advise apa perlu saya buat. Sekarang di Sem 4.
Assalamualaikum Ain, sebagai anak yang solehah, kita mesti nak kena akur dengan permintaan ibu dan ayah dalam hal yang baik-baik kan? jadi nasihat saya kepada Ain, habiskan pelajaran yang dalam bidang perubatan sekarang dan dalam masa yang sama tingkatkan kemahiran Ain dalam fashion design juga, ambil short course tentang fashion design untuk jadi fashion designer yang professional. Kerjaya perubatan dan fashion design (secara part-time dahulu) boleh jalan serentak dan apabila dah nampak hasil dari fashion design maka boleh fokus kepada fashion design secara sepenuhnya. Semoga berjaya Ain!
Coach Nik Faiz recently posted…#TanyaCoach
Coach saya x tahu apa passion saya.. Lagi2 hanya ada spm je, mcm mna nak apply kerja yang sesuai? Spm pun 50/50
Assalamualaikum Wanita Mithali, PASSION adalah sangat penting dalam sesuatu kerjaya kerana ianya akan jadi salah satu penyebab untuk kita terus menerus dalam sesuatu kerjaya. Jangan lihat hanya kepada SPM ye Wanita Mithali, kerana passion, cita-cita adalah lebih besar dari itu. SPM adalah pemudah cara, jika result ok maka perjalanan kerjaya tu akan jadi lebih laju, namun jika sebaliknya, pun jangan risau, sebab ada kemahuan, kehendak, dan keazaman insyaAllah akan tercapai jua akhirnya. Ambil masa untuk berfikir secara khusus untuk diri sendir saya yakin akan akan jumpa kerjaya yang anda minat.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Salam coach. Kalau certificates attending any talk or webinar diterima ke untuk dimasukkan dalam Awards & achievement?
Waalaikumussalam Nur Safura, certificates attending talks atau webinar boleh masuk dalam section ‘Curricular, Volunteering & Activities’ ya
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Macam mana nak cari kerja kalau sebelum ini pengalaman kerja tidak ada (saya belum pergi Latihan Industri, insyaallah bulan 9 nanti baru akan mula LI) dan results saya tidak begitu memuaskan. Apa yg perlu saya lakukan?
Buat latihan industri dengan sebaik mungkin, maksimumkan dan manfaatkan ruang latihan industri untuk belajar dan menggarap sebanyak mugkin ilmu dan pengalaman, insyaAllah kalau result biasa-biasa namun dengan pengalaman latihan industri yang bagus Nurul akan lebih mudah mendapat kerja kelak
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Macam mana untuk kita jawab soalan expected salary yang bersesuaian dengan kita punya level of education?
Dapatkan informasi tentang standard salary untuk jawatan yang ingin Saifuddin mohon, jika kita meletakkan standard salary, tidak akan ada bakal majikan yang akan pertikaikannya insyaAllah.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
– To submit a resume, how to know if the company check our resume using a machine? Can you elaborate more on how to make a resume for the machine to read easily.
– What is the suitable potrait to attach?
– Does the resume details differ according to the job we are applying to? What is the important details and highlights.
The machine or robot itself its called ATS (Applicant Tracking System). This robot/apps/machine scan through candidates resume by identifying the keywords. Not all companies uses this method, We, mostly in Malaysia are still using the manual method. To identify companies that uses the ATS is by looking at how they recruit their staff, do they inquire candidate to create an account and fill in the details? if so, then they are using the ATS.
Any corporate look portrait is suitable.
The resume details does not differ much, but please take note on the information arrangement and your Executive Summary. Different job portfolio would require a different skills and experiences. arrange them accordingly.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
Coach, Macam mana nak nego gaji kalau kita tahu tempat tersebut mmg susah nak naik gaji?
Jika sesuatu tempat kerja itu susah nak naik gaji, cuba nego dari segi allowance. cuba minta untuk tambah apa-apa allowance yang penting untuk menjamin kelancaran kerja anda, contohnya macam elaun telefon, sebagai keperluan untuk anda ada unlimited data supaya membolehkan anda kerja dari rumah dengan baik.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..
1. Gambar kita dalam resume perlu white background ke? Ke boleh warna biru juga, atau background apa-apa je? Apa recommendation Coach, Terima kasih.
2. Sekiranya nak letak dalam resume, software skills seperti Autocad, Abaqus, Microsoft excel, word smua tu, perlukan sijil ke baru boleh letak? And untuk menunjukkan kita punya proficiency level dlm skills2 tu, perlu letak nmbr ke kat tepi? Mcm kalau nmbr ‘1’ tuu tau basic je, klu nmbr ‘5’ tu expert, etc.. terima kasih.
1) Background gambar sebolehnya tidak memberi efek yang tidak baik untuk portrait Tajul seperti gambar yang berlatarkan warna yang sangat terang, sangat gelap atau mempunyai abstrak yang berlebihan. Tidak semestinya seperti gambar passport ya!
2) Boleh letakkan begitu sahaja tanpa sijil ya, sebab kadang-kadang kita peroleh skill tersebut melalui self-learn dan self-taught, belajar dengan kawan, belajar melalui youtube dan sebagainya. Dan saya menggalakkan anda untuk letak proficiency level tu, sebab itu akan membantu bakal majikan membuat penilaian terhadap Tajul.
Coach Nik Faiz recently posted…Judi Itu Haram..