
Apabila tidak hadir temuduga dan munculkan diri – nama anda mungkin akan di senaraihitamkan (blacklist)!
Cuba bayangkan, manager yang akan interview anda itu mungkin telah menangguhkan kerja-kerja atau ‘outstation’ beliau untuk sesi yang ditetapkan ini.
Barangkali mungkin juga beliau menangguhkan percutian bersama keluarga yang tersayang di atas komitmen beliau untuk sesi ini.
Sekiranya anda lewat atau tidak dapat hadir untuk temuduga, lakukan 3 perkara berikut:
No #1 – Call-in-advance (CIA) atau hubungi pihak syarikat 1 hari lebih awal.
No #2 – Berikan penjelasan yang relevan kenapa tidak dapat hadir.
No #3 – Mohon dengan baik untuk reschedule semula interview pada sesi yang lain.
Sekiranya jumlah calon yang memohon itu tidak ramai, mungkin anda ada harapan untuk reschedule semula interview. Pastikan anda susun jadual seawalnya untuk mengelakkan anda tidak hadir temuduga! 🙂



