Saya pernah naik pangkat dan gaji 2 kali setahun. Memang tak jangka pun..Alhamdulillah rezeki kan.
Hari ini saya mahu kongsikan dengan anda, bagaimana saya dapat kenaikan pangkat bukan sekali, tetapi 2x setahun. Pastinya bukan itu saja, gaji juga bertambah, bonus dan semestinya kerja pun bertambah! ðŸ¤
Kepada yang ada simpan hasrat nak dapat kenaikan pangkat dan naik gaji tahun ini, tak mahu tersekat terlalu lama di jawatan ataupun skop kerja yang sama untuk tempoh masa yang terlalu lama, boleh try cara saya. Mungkin sama tapi tak serupa.. 😉👌
Cubalah mana tahu kot boleh kan? Takleh 2 kali, sekali pun rezeki jugak..
Tonton video Sampai Habis di sini :
Dah habis tonton video ini? Suka untuk ingatan bersama, apabila anda dah melangkah ke satu level lain, biasanya akan naik gaji. Dan lagi, ‘power‘ akan bertambah. Ramai orang akan lebih hormat kita.
Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Anda perlu lah kuasai ilmu menguruskan orang bawahan supaya menjadi bos yang di sayangi dan di sukai.
Frustnya Tak Dapat Naik Pangkat…
Anda masih ada kerja? Pesanan saya buat anda ada bekerja tu kerja la dengan cemerlang, sebab kalau tak boleh nak kerja elok-elok ada ramai lagi yang boleh gantikan tempat anda.
Ada yang bertanya ‘Tuan, tahun lepas company janji nak bagi bonus dan naikan pangkat.. Frustnya, sampai ke la ni tak de bagi..boleh repot buruh tak?’
Ini jawapan dan cadangan saya..
‘Untuk pengetahuan, kenaikan pangkat dan bonus ada wajib dan ada yang bukan wajib. Wajib bila dalam surat tawaran telah tertulis 13 bulan gaji setahun. Manakala tidak wajib jika tidak ada kenyataan bertulis secara rasmi dan hanya dijanjikan sewaktu interview sahaja.
Bonus ni adalah insentif atau imbuhan yang bertujuan untuk memberi galakkan bekerja dan ia tertakluk kepada keewangan syarikat itu sendiri..jadi tak perlulah bawa ke buruh ye..benda boleh bincang.. ‘
Jangan asbab tak dapat bonus kerja pun ala kadar sahaja pulak. Bersyukurlah kerana anda masih bekerja..di kala orang lain sedang termenung tak tahu nak kerja apa.
DAH SUBSCRIBE CHANNEL SAYA?Â
Akhir sekali, saya nak mohon anda untuk klik LIKE & FOLLOW Youtube Channel saya sebagai tanda sokongan 🙂