Saya teringat pada kata-kata Ustaz Pahrol,
Orang yang tak seronok bekerja, dia tak seronok hidup!
Kebanyakan mereka yang cemerlang dalam kerjaya, kerana mereka menemui kepuasan dan keseronokan dalam hidup. Keseronokan anda melakukan sesuatu, akan terpancar di wajah apabila anda bercerita.
Beberapa rakan sahabat yang sedang bekerja di institusi swasta datang berjumpa dan mohon saya untuk bantu mereka dalam kerjaya masing-masing.
Ini kerana mereka semuanya rasa sudah hilang keseronokan dalam bidang kerja yang dibuat sekarang.
Saya tanya mereka, apakah perkara yang telah membuat keseronokan mereka dalam kerja itu kurang dan semakin hilang?
20 SEBAB TAK SERONOK BEKERJA
Berikut saya senaraikan di sini, 20 PUNCA ANDA MULA HILANG KESERONOKAN BEKERJA
ISU #1 – BOSAN
Mereka tak seronok buat tugasan harian. Mereka rasa bosan dan mula hilang fokus. Apa tidaknya, dah 10 tahun berulang-ulang kali melakukan kerja yang sama, tidak ada cabaran baru, tiada ada masalah baru. Sama saje.
ISU #2 – TIADA KENAIKAN PANGKAT
Kerja yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tapi tiada kenaikan pangkat. Kalau ada pun, nasib baik pada mereka yang pandai bodek bos.
ISU #3 – TANGGA GAJI RENDAH
Dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang bertahun, kenaikan gaji cuma RM20 – RM80 setahun dengan gaji pokok yang rendah. Mereka tak nampak gaji mereka boleh naik seperti yang mereka mahukan.
ISU #4 – KERJA MAKIN BERTAMBAH
Setiap hari, tugasan yang diberikan sebanyak banyak. Ya, dari satu sudut memang bagus jika anda baru nak mulakan kerjaya dimana anda boleh dapat pengalaman yang pelbagai. Namun, jika bertahun-tahun bekerja dan tugasan semakin bertambah dengan gaji yang sama, anda sanggup?
ISU #5 – DAPAT KETUA YANG TAK MEMAHAMI
Ok, ini saya rasa ramai yang hadapi isu ini, ketua / supervisor yang tak betul-betul kenal kemahiran / kebolehan staff, serta tidak mahu mendengar pandangan staff (ini adalah kategori staff senior yang berpengalaman).
ISU #6 – RASA DIRI DIPERGUNAKAN DAN TAK DIHARGAI
Apa saje yang anda lakukan, ada je yang tak kena walaupun anda dah buat 50 jenis kerja dengan satu jawatan. Jangankan ucapan terima kasih, senyuman sebagai tanda menghargai usaha anda bersengkang mata hingga ke malam pun tiada. Malah anda lagi kena ‘smash’ depan-depan. Tak seronok ke tak seronok?
ISU #7 – UGUTAN
Yaa..ini satu kejutan juga bila saya mendengarnya. Staff ditakut-takutkan akan dibuang kerja jika ingkar arahan yang diberikan. Contohnya bagaimana?
Anda diberikan tugasan untuk menaikan sales syarikat dalam tempoh 3 bulan dengan target yang tak masuk akal. Anda diugut akan dibuang kerja sekiranya tak dapat capai KPI ini.
Pernah alami situasi ini?
ISU #8 – POLITIK PEJABAT
Isu politik pejabat akan berlaku di mana-mana saje anda bekerja.
Politk pejabat boleh berlaku kerana kepentingan peribadi, untuk mengekalkan kuasa dan meluaskan pengaruh. Apabila anda menjadi mangsa polik pejabat, anda akan mula tertekan dan hilang motivasi bekerja.
So, mula lah kerja anda jadi tak seronok dan rasa bosan.
ISU #9 – TIADA KEBEBASAN BERIBADAH
Pernah dengar tentang isu yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, seorang fresh graduate yang mohon kerja di sebuah syarikat di KLCC.
Antara syarat utama untuk bekerja di situ adalah beliau tidak dibenarkan memakai tudung.
Manakala, bagi yang lelaki pula pada setiap hari jumaat anda tidak dibenarkan untuk pergi solat jumaat.
Wah! Walaupun memperolehi pendapatan yang lumayan setiap bulan, tapi anda perlu berkorban sesuatu yang berkaitan agama.
ISU #10 – JANJI TINGGAL JANJI
Ini isu yang biasa dihadapi oleh mereka yang bekerja dalam bidang sales.
Apabila target jualan tercapai, anda dijanjikan sesuatu yang lumayan yang mungkin berbentuk komesyen berganda, percutian atau pun kemudahan-kemudahan lain seperti kereta dan rumah.
Anda bekerja bersungguh-sungguh dan mula merancang sesuatu melalui ganjaran yang bakal diterima.
Hasil usaha anda, jualan meningkat dan KPI tercapai jadi syarikat mendapat keuntungan. Namun, ganjaran yang dijanjikan tidak ditunaikan dan pihak yang terlibat buat-buat lupa.
Adakah anda akan kekal bermotivasi tinggi dan mampu bekerja bersungguh-sungguh seperti awal-awal dahulu?
ISU #11 – BENEFIT
Ia mungkin hampir sama dengan isu no #10. Namun ini berkaitan benefit / keistimewaan yang dijanjikan pad anda
Ganjaran ini biasanya diberikan pada mereka yang telah bekerja lebih 10-15 tahun di sesebuah syarikat.
Anda dijanjikan keistimewaan / reward apabila anda berjaya melaksanakan strategic initiative syarikat. Apabila ia telah dilaksanakan, anda ternanti-nanti ganjarannya yang dijanjikan namun seperti tiada harapan akan diterima.
ISU #12 – SKOP KERJA MULTITASK
Ada serba boleh dalam melakukan tugasan dan begitu memberikan komitmen.
Apa saja tugas diberikan pada anda, akan disiapkan dengan sempurna dan pendek kata tiada cacat celanya.
Kemahiran anda melakukan 10 kerja dalam satu masa membuatkan anda tidak boleh fokus dengan satu-satu kerja. Apabila ditanya apa kemahiran anda, anda sendiri tak tahu nak jawab apa…
Anda mungkin berminat nak baca Mohon Jawatan Lain, Buat Kerja Lain
ISU #13 – KERJA LUAR BIDANG KEMAHIRAN
Apabila anda diminta membuat kerja di luar tugas yang sepatutnya, anda akan mula rasa bosan. Ini menjadi punca anda stress dan hilang keseronokan bekerja.
ISU #14 – KERJA 24/7
Beberapa kali mendengar keluhan rakan-rakan yang terpaksa kerja back-to-back. Baru pulang dari outstation..esoknya kena travel ke tempat lain pulak.
Ada yang tak sempat lihat isteri bersalin…
Ada yang tak lihat wajah anak sejak lahir, balik-balik anak dah boleh merangkak
Ada yang selalu terlepas moment-moment istimewa bersama keluarga, contohnya hari raya, hari lahir dan kenduri
Anda tidak ada work-life balance dalam hidup, kerana setiap hari minggu perlu bekerja dan outstation
Baca artikel terkini Kerja Untuk Hidup..atau Hidup Untuk Kerja?
ISU #15 – RAKAN PEJABAT
Anda tak ‘ngam’ dengan rakan sepejabat yang suka mengambil kesempatan diatas kekurangan dan kelebihan diri.
ISU #16 – TIADA KEPERCAYAAN
Bos yang tidak yakin dengan kredibiliti kakitangan sendiri sehingga sanggup menghukum kakitangan tanpa usul periksa aduan dari pihak pelanggan.
ISU #17 – DIPERSALAHKAN
Anda diberikan target jualan yang tidak masuk akal, kemudian dipersalahkan oleh kerana tidak dapat mencapai target.
ISU #18 – SUSAH CUTI
Anda diminta bekerja setiap masa, sangat sukar mendapat cuti sehinggakan banyak peristiwa penting yang berlaku didalam keluarga tidak dapat diraikan bersama.
ISU #19 – DIKAMBING HITAMKAN
Anda dipaksa untuk bertanggungjawab diatas kehilangan barang, ‘short-duit’, dan juga sebarang kerosakkan pada asset syarikat meskipun bukan kecuaian sendiri dan dibawah tanggungjawab anda.
ISU #20 – EMOSI TERCEDERA
Anda selalu dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh majikan yang seterusnya menyebabkan stress yang berpanjangan.
Dan banyak lagi yang saya tak senaraikan di sini…
Cuma ini adalah antara 20 sebab kenapa keseronokan mereka bekerja semakin hilang. Lain orang dan pada lain peringkat pengurusan maka lain pula faktor penyebab keseronokkan bekerja itu boleh hilang.
Jika punca permasalahan mahupun cabaran itu sudah dapat dikenal pasti, maka adalah senang untuk saya guide mereka untuk mencari jalan penyelesaian.
Ikuti entri yang akan datang bagaimana saya coach mereka untuk berhadapan dengan cabaran tersebut.
Kepada anda yang mungkin pernah mengalami pengalaman yang sama atau hampir sama, berhajat untuk tukar kerja atau atau perlukan bantuan berhubung kerjaya masing-masing boleh hubungi saya untuk temujanji, insyaAllah saya akan bantu tunjukkan jalannya.
————————————————————————————————————–
ANDA BELAJAR SESUATU?
Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada sesiapa yang bakal menghadapi temuduga tak lama lagi. Sekiranya ada pertanyaan, anda boleh tulis diruangan komen, insyallah saya akan membalasnya.
Jangan lupa #LIKE & #SHARE artikel ini pada rakan-rakan yang lain k.