Skip to main content
Seni & Strategi Penulisan ResumeTip Mudah Lulus Temuduga

3 Kesilapan Menulis Resume Yang Anda Perlu Elak

By March 22, 2016September 23rd, 20182 Comments
good-resume-hire-me-nik-faiz

Resume adalah tiket utama untuk anda dipanggil temuduga. Jika anda melakukan kesalahan menulis resume ia membuatkan resume itu seolah sampah  dan tidak berkualiti.

Hari ini saya nak share satu kisah. Rakan lama sudah berkali kali telefon nak ajak ‘ngeteh’. Memandangkan saya tengah free pada ketika itu, saya setuju nak jumpa.

Di tempat yang dijanjikan, dari jauh saya nampak beliau dengan muka yang berkerut seperti ada 1001 masalah. Aduhs, masalah berat agaknya ni..bisik hati saya.

Kau dah kenapa? Tanya saya.

Dengan wajah kusut dan suara yang perlahan, dia membuka mulut dan mula bercerita. Katanya, dia tak seronok di tempat dia kerja sekarang.  Supervisornya kerap mencari kesalahannya dan tak pernah appreciate apa yang dia buat.

Rakan saya mahu mencari kerja lain. Tapi, berpuluh puluh resume di hantar untuk mohon kerja, tiada satu syarikat yang berminat untuk panggil beliau interview.

Bak sini resume kau, meh aku tengok. Mana tau kot kot aku boleh tolong apa apa yang patut. Kesian pula saya tengok rakan saya ni. Tak terurus dan nampak serabut sangat.

Eh yeke. Bersinar sinar matanya. Jap aku pergi ambil kat kereta. Nih resume aku. Kau tolonglah eh. Aku dah letih hantar resume sana sini, langsung tak de orang berminat.

Setelah saya meneliti resume beliau, saya tanya kalau ada resume lain lagi, beliau berkata hanya itu sahaja resume yang digunakan untuk mohon kerja.

Kau apply post apa?

Aku apply macam-macam position. Mana-mana dapat aku tak kisah.

Kau guna resume ni apply untuk semua position?

Ha a.

hmm..patutlah tak ada orang nak panggil interview. Bisik hati saya.

Dari kisah ini, apa yang mahu kongsikan pada anda adalah ini merupakan kesalahan paling utama yang ramai pencari kerja di luar sana lakukan. Menulis resume ini ada seni dan caranya.

Dalam memburu kerja, tidak ada istilah ‘1 resume fit all’. Semua jenis jawatan yang ingin kita mohon pun ada seni bahasa penulisan yang tersendiri.

Sebagai contoh; katakan jawatan yang ingin kita mohon itu adalah ‘Sales Manager’ yang mana sudah pasti kita akan diinterview oleh ‘Sales Director’ atau yang sama waktu dengannya.

Anda tahu apakah peranan Manager? Apa ayat atau perkataan yang orang ‘sales’ ni suka dengar?

Setiap resume yang dibuat mestilah kena dengan citarasa orang yang akan menemuduga anda, kalau tak banyak pun sedikit kerana secara psikologinya, orang sales ini suka dengan beberapa jenis perkataan seperti, peningkatan jualan, target jualan, pencapaian target, berganda, jimat, dan lain lain lagi.

Gunakan perkataan seperti ini untuk memikat hati bakal penemuduga anda, kerana orang ‘sales’ semestinya akan memilih calon yang ‘sales oriented thinking’ untuk menjadi sebahagian dari organisasi mereka.

Apabila anda ingin memohon jawatan ‘Manager’, maka persiapkan diri anda untuk mengendalikan sebuah tim.Pastikan di awal pengenalan diri anda juga ada menyebut tentang ‘teamwork’, dan keghairahan anda untuk bekerja dalam kumpulan dan sebagainya.

Saya berikan contoh ayat pengenalan dalam sesebuah resume yang memohon jawatan ‘Sales Manager’

“Saya merupakan seorang yang optimistik dan memastikan target jualan tercapai adalah merupakan kepuasan saya dalam kerjaya yang saya ceburi. Kepakaran saya adalah mencipta serta mengendalikan aktiviti jualan yang unik yang dapat meningkatkan jualan berganda dan saya percaya melalui kerja secara kumpulan akan membuatkan syarikat serta organisasi kita menjadi kuat dalam merealisasikan wawasan syarikat.”

Orang ‘sales’ amat suka ayat sebegini!.

Berbalik kepada kisah rakan saya tadi, apakah kesalahan dalam menulis resume yang dilakukan?

  1. Menggunakan 1 resume untuk memohon semua jawatan
  2. Tiada profile pengenalan tentang diri
  3. Tiada Executive Summary – ini yang amat penting  dan wajib ada dalam resume.

Baca – Cara Efektif Menulis Executive Summary

TEKNIK PALING ASAS YANG ANDA PERLU TAHU

Saya kongsikan 1 teknik yang sebenarnya perkara paling asas dan perlu dalam setiap resume, TAPI..ramai yang abaikan part ini. Ia adalah  berkenaan diri anda.

Maklumat ringkas tentang diri anda yang akan membuatkan penemuduga terPUKAU dan ingin jumpa anda kerana ingin tahu dengan lebih lanjut tentang diri anda.

Bayangkan.. pada masa itulah phone anda akan mula berdering, mendapat panggilan demi panggilan dari pegawai HR untuk mengaturkan masa untuk sesi temuduga anda. Seronok kan?

Sambung kisah rakan tadi…

Setelah menambah baik resume dan memperbaiki kesalahan ejaan dan susunan ayat dalam resume beliau, akhirnya siaplah satu resume untuk jawatan Sales and Marketing yang beliau akan pohon.

Dua minggu lepas sesi ngeteh, saya terima panggilan dari beliau. Kali ni, suara yang lebih bertenaga dan ceria.

Bro, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada kau bro. Lepas kau edit resume aku hari tu, aku terima 5 panggilan interview dan sekarang dah ada 3 interview kedua. Aduh, pening pula aku nak pilih mana satu.

Buatlah pilihan yang terbaik, aku cuma tolong sikit je, selebihnya atas usaha kau sendiri kata saya sambil ketawa dan ucapkan tahniah padanya.

Jika anda belajar sesuatu, komen #syukuralhamdulillah. #KONGSIKAN artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain agar mereka tidak ulangi kesalahan sama ketika menulis resume 🙂

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

 

2 Comments

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.