Skip to main content
kena marah dengan bos

Apabila kena marah dengan bos, pastinya emosi akan bercampur-baur. Apatalah lagi penat buat kerja tak hilang lagi, dah kena marah.

“BOS KATA AKU LEMBU!”

Disebabkan saya merupakan seorang auditori yang amat, maka saya tidak dapat menahan dari mendengar keluhan seorang staff yang dicederakan emosinya.

“Confirm bulan depan aku tak ada dah kat sini! ”

Boleh rasa aura marahnya walaupun saya berada diseberang meja. Muka beliau merah, rasanya kalau bos itu masih ada di depan, mau beliau maki bosnya balik

“aku tak pernah jumpa bos yang tak ada otak macam dia” – katanya lagi.

Kawan-kawannya cuba tenangkannya, “Rileksla beb..kau tak boleh marah-marah depan customer macam ni..”

“Ah.. kau, senang la cakap sebab dia tak cakap kau lembu, dia ingat aku tak ade maruah ke cakap depan orang macam tu”

Jika rakan anda mengalami situasi emosional hijack, baru lepas kena marah dengan bos,
macam mana nak buat?

Ini cadangan saya:

Bila kena marah dengan bos, ikut tips ini:

  • Diam- Jangan berkata apa-apa mahukan berikan nasihat. Simpan dahulu nasihat anda 🙂
  • Usap dibelakang beliau, pegang tangan.
  • Bawa beliau ke tempat yang lain, jika ada restoran berdekatan, bawa beliau ke situ.
  • Belanja minuman yang menyejukkan, elakkan minuman berkafein, minuman berasaskan coklat dan buah buahan adalah digalakkan.
  • Dengar sahaja keluhan beliau dan jangan menyebelahi mana-mana. Apabila nampak dia dah tenang, barulah anda boleh mula berbicara.
  • Tukar topik lain dahulu, topik yang buatkan beliau rasa happy.
  • Jika selepas itu beliau cakap semula tentang peristiwa tadi, maka itu adalah masanya untuk anda berikan nasihat untuk rasionalkan semula pemikiran beliau.

 

Sekiranya anda berseorangan dan tiada sesiapa dalam situasi tersebut,  jauhkan diri dari tempat yang kena marah dengan bos ini tadi sehingga anda rasa tenang dan boleh berfikir secara rasional 🙂

Anda mungkin berminat nak baca ini 

Lebih banyak perkongsian tentang Motivasi Kerjaya & Emotional Intelligence di sini

Working with EQ “Emotional Intelligence”

Cara Untuk Bertenang & Kawal Emosi

 

Berminat mahu jemput saya untuk kendalikan kursus Emotional Intelligence di tempat anda? Modul dan dan bajet boleh di bincang  mengikut objektif anda. Emelkan request anda di sini 🙂

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.